Loading...

Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis

Loading...
Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis
link : Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis

Baca juga


Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis


MELBOURNE – Polis Australia menembak mati seorang lelaki bersenjata yang menahan seorang wanita sebagai tebusan di sini, perbuatan yang disahkan memang didalangi oleh militan Daesh.

Susulan insiden terbaharu itu, Australia, sekutu kuat Amerika Syarikat (AS) dan tindakannya yang semakin tegas terhadap Daesh, sudah berada dalam keadaan berjaga-jaga peringkat tinggi terhadap serangan tidak dijangka.

Pihak keselamatan mendakwa beberapa siri serangan berdarah kemungkinan besar bakal dilancarkan oleh ramai militan tempatan yang baru pulang daripada menyertai Daesh di rantau Timur Tengah atau penyokong mereka.

Dalam kejadian terkini, tiga pegawai polis turut cedera ketika pertempuran sengit yang berlangsung selama lebih sejam di sebuah apartmen mewah pinggir bandar di Brighton, menurut kenyataan polis kepada pihak media.

Suspek kemudian dikenal pasti sebagai Yacqub Khayre, 29, berketurunan Somalia sebelum itu menembak mati seorang lelaki Australia etnik Cina tempatan di foyer bangunan kawasan kejiranan berkenaan di timur Melbourne.

Polis Victoria cuba berunding dengan lelaki yang berada di dalam pangsapuri tersebut, menurut mereka dalam satu catatan menerusi laman Twitter rasmi. Suspek turut menjerit bahawa tindakannya itu demi Al-Qaeda dan Daesh.

Pihak polis menambah, mereka percaya ada seorang wanita sedang berada bersama-sama dengan lelaki itu dan suspek dikatakan enggan melepaskan mangsa tersebut sekali gus menjadikannya sebagai tebusan hampir dua jam.


Media melaporkan insiden bermula jam 4 petang Isnin waktu tempatan apabila pihak polis datang ke kediaman itu setelah menerima laporan penemuan mayat tidak dikenali dengan kesan tembakan di lobi bangunan berkenaan.

Wanita tersebut berjaya menyelamatkan diri selepas suspek secara tiba-tiba melepaskan tembakan rambang yang mencederakan tiga pegawai polis apabila rundingan menemui jalan buntu sebelum dia kemudian ditembak mati.

Polis bagaimanapun tidak memberi penjelasan lanjut. Siasatan rapi sedang dijalankan ketika ini bagi mengenal pasti sama ada insiden terbabit mempunyai kaitan langsung dengan aktiviti keganasan luar atau sekadar kes terpencil.

Pihak Daesh dalam pada itu mengesahkan pembabitan salah seorang militannya melancarkan serangan dramatik tersebut disebabkan penglibatan aktif Australia dalam perikatan tentera yang dipimpin AS di rantau Asia Barat.

“Serangan di Melbourne, Australia dilancarkan oleh seorang militan Daesh sebagai respons terhadap gesaan supaya menyasarkan rakyat dari negara-negara yang terlibat dalam perikatan AS,” menurut agensi berita Daesh, Amaq.

Terdahulu, organisasi tersebut turut mengesahkan anggota Daesh bertanggungjawab dalam serangan berdarah di London lewat Sabtu yang meragut tujuh nyawa dan mencederakan 48 mangsa. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Thus Article Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis

Itulah artikel Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/militan-daesh-tawan-wanita-sebelum_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Militan Daesh Tawan Wanita Sebelum Dibunuh Polis"

Catat Ulasan

Loading...