Loading...

Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih

Loading...
Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih
link : Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih

Baca juga


Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih


ALOR SETAR – Seorang wanita muda cedera ditikam oleh teman lelakinya dengan senjata tajam selepas berlaku pertengkaran kerana mahu memutuskan hubungan cinta di tepi jalan berhampiran Taman Serindit, Jalan Datuk Kumbar, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 7 malam itu, mangsa berusia 23 tahun dari Kampung Alor Gandas di sini telah bertemu dengan teman yang sebaya denganya untuk membincangkan soal hubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa yang ingin memutuskan hubungan cinta telah bertindak menikam mangsa.

“Akibat tidak dapat menerima hasrat mangsa, suspek bertindak ganas dengan menikam perut mangsa beberapa kali dan mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lutut dan jari akibat berlaku pergelutan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata mangsa yang mengalami pendarahan teruk di bahagan perut telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan berada dalam keadaan stabil setelah diberikan rawatan.

Mohd Rozi berkata polis sedang mengesan suspek yang berasal dari Jalan Tun Razak, di sini, dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA


Thus Article Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih

Itulah artikel Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wanita-mahu-putus-hubungan-cedera_6.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Mahu Putus Hubungan Cedera Ditikam Kekasih"

Catat Ulasan

Loading...