Loading...

Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu

Loading...
Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu
link : Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu

Baca juga


Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu

PERANG tidak pernah berhenti di Somalia sejak 1991. Mogadishu antara bandar paling teruk dilanda pertempuran. Pada satu ketika, suasana bandar berbahaya ini sama seperti digambarkan dalam filem Black Hawk Down.

Selain perang, Somalia dilanda krisis kebuluran. Pada 2011, suku juta penduduk negara Timur Afrika ini maut akibat kebuluran.

Selepas berakhir era perang saudara antara dua jeneral bermusuh, Hassan Mahdi dan Farah Aidid, Somalia dilanda keganasan militan Al Shabab yang kini mengisytiharkan sokongan pada Daesh.

Semalam, Misi Kemanusiaan Somalia 2017 anjuran Islamic Relief Malaysia (IRM) tiba Lapangan Terbang Adden Abdulle di Mogadishu pukul 9.00 pagi waktu tempatan. Penerbangan 39 jam dari KLIA termasuk 19 jam transit di Istanbul, Turki.

Empat aktivis IRM diketuai Zairulshahfuddin Zainal Abidin dan wartawan Syafiq Azman disambut petugas
Islamic Relief Somalia. Suasana tegang dan faktor kawalan keselamatan ketat menyebabkan proses semakan visa dan imigresen disusul beberapa langkah kawalan tambahan.

Lima rakyat Malaysia itu kemudian ditahan pihak kastam dan dibawa dalam bilik khas untuk diperiksa.

“Kami dimaklumkan ini prosedur biasa atas faktor keselamatan. Lapangan terbang lokasi paling selamat di Mogadishu. Pilihanraya Presiden juga dilakukan di sini,” kata Syafiq.

Di luar lapangan terbang, kelihatan trak dan perisai Tentera Pengaman Kesatuan Afrika (AU) membuat rondaan dan kawalan ketat.

Sepanjang perjalanan delegasi kemanusiaan Malaysia dikawal pasukan keselamatan bersenjata IRS.

“Senjata berat serta wajah serius pengawal keselamatan serta dilarang membuat rakaman di atas trak satu gambaran serius soal keselamatan,” kata Syafiq.

Misi IRM ke Somalia bagi meninjau secara dekat situasi di Somalia serta bantuan yang diperlukan. IRM melancarkan Tabung Rayuan Afrika Timur bagi membantu 18 juta penduduk wilayah tersebut yang sedang diancam kebuluran.

Setakat ini IRM sudah menyelia bantuan RM200 ribu ke Somalia, Kenya, Ethiophia dan  Sudan.
Perjalanan dari lapangan terbang ke hotel penginapan melalui beberapa check point tentera Somalia dan pasukan AU. Selesai urusan hotel, delegasi Malaysia dibawah ke pejabat IRS untuk taklimat keselamatan dan kemanusiaan.

Syafiq dan aktivis IRM akan berada di Mogadishu sehingga 6 Jun. – MYNEWSHUB.CC

Loading...




✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2skzbtA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Thus Article Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu

Itulah artikel Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/wartawan-tv-alhijrah-aktivis-tiba-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wartawan TV Alhijrah & Aktivis Tiba Di Mogadishu"

Catat Ulasan

Loading...