Loading...

Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk

Loading...
Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk
link : Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk

Baca juga


Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk

 
Timbalan perdana menteri bagaimanapun berkata beliau faham dengan situasi di negara itu susulan serangan bom pada 22 Mei.


zahid-hamidi_boming


SHAH ALAM: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan 3 pelajar Malaysia oleh polis Manchester di UK berkemungkinan berpunca daripada salah faham dan laporan tidak baik pihak tertentu berkaitan aktiviti perjumpaan mingguan pelajar.

“Meskipun dibebaskan, 3 pelajar terbabit masih trauma berikutan tindakan Polis Greater Manchester memasuki kediaman mereka dan memecahkan pintu yang berkunci,” kata timbalan perdana menteri itu dipetik Bernama.

Beliau berkata ketiga-tiga pelajar itu kini ditempatkan di Malaysia Hall, Manchester.

Pada Selasa, mereka dibawa ke Balai Polis Longsight sebelum dibebaskan 3 jam kemudian.

Akhbar The Times dari London mengenalpasti mereka sebagai Aliff Farhan dan Muhd Helmi, dan seorang lagi, ketiga-tiganya menuntut di Universiti Manchester dan Manchester Metropolitan University.

Zahid berpuas hati dengan siasatan pihak berkuasa Britain ke atas mereka.

“Kita faham situasi di Manchester kerana Islamophobia berlaku bukan sahaja di negara Eropah dan Amerika Utara tetapi di Manchester juga di mana ramai masyarakat Islam di sana,” katanya.

Tiga pelajar itu merupakan antara puluhan yang disoal siasat atau ditangkap polis Britain, susulan serangan oleh pemuda tempatan bernama Salman Abedi, di konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, pada 22 Mei lalu.

Ia menyebabkan kematian 22 orang dan kecederaan 116 pengunjung, termasuk kanak-kanak.
Zahid berkata kerajaan Malaysia saling bekerjasama dengan agensi risikan MI5 dan MI6 negara berkenaan.

“Jika ada pelajar kita yang disyaki (terbabit dalam aktiviti keganasan) tetapi tiada rekod (mengenai pembabitan itu) kita akan maklumkan kepada mereka (pihak berkuasa UK),” katanya.



Thus Article Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk

Itulah artikel Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/06/zahid-3-pelajar-malaysia-trauma-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid: 3 pelajar Malaysia trauma polis UK pecah masuk"

Catat Ulasan

Loading...