Loading...

Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad

Loading...
Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad
link : Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad

Baca juga


Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad


"Dalam tempoh tiga bulan sahaja, Dennis dapat mengikuti segala pembelajaran dengan baik dan cemerlang termasuk berupaya menghafal 10 surah terakhir dari al-Quran, Doa Qunut serta Ayat Kursi."

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Karim berkata sedemikian ketika mempersembahkan laporan mengenai pembelajaran agama Islam oleh Dennis Muhammad Abdullah, 28, kepada Sultan Johor pada 5 Julai lalu, lapor Bernama.

Menurutnya, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan dan berpuas hati dengan pencapaian pembelajaran agama Islam bakal suami puteri tunggalnya iaitu Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah.

Sejak awal Mac lalu, Dennis dibimbing sekumpulan ustaz dari Jabatan Agama Islam Johor( JAIJ), kata Ismail kepada pejabat media dan komunikasi rasmi Keluarga Diraja Johor, Royal Press Office.

Tambahnya, Dennis diberi bimbingan melalui satu modul pembelajaran agama Islam yang intensif dan sistematik bagi membolehkan beliau mempelajari al-Quran, fardu ain, pengajaran Bahasa Melayu, protokol dan istiadat Diraja Johor, penulisan Jawi serta penerangan mengenai struktur organisasi kerajaan negeri Johor.

Pengajaran fardu ain Dennis merangkumi tertib solat, Rukun Iman dan Rukun Islam, puasa, zakat serta haji.

Ismail berkata, Dennis tidak pernah lupa menunaikan solat Jumaat, malah dia tidak pernah ketinggalan menunaikan solat Tarawih sepanjang bulan Ramadan lalu.

Menurut kenyataan Royal Press Office pada Selasa, Ismail dan isteri, Datin Zawaiah Mohamed dilantik sebagai keluarga angkat Dennis sejak awal Februari lalu selepas diperkenan Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia Almarhum Sultan Idris Shah.

Terdahulu, jejaka dari Belanda itu memeluk Islam pada 31 Mei 2015 dan bakal melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Tun Aminah di Istana Bukit Serene pada 14 Ogos. 

Sumber: CARI


Thus Article Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad

Itulah artikel Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/berkenan-sultan-puas-hati-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Berkenan, Sultan Puas Hati Dengan Pengajian Islam Dennis Muhammad"

Catat Ulasan

Loading...