Loading...

Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga

Loading...
Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga
link : Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga

Baca juga


Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga


CINTA terlarang menjadi punca seorang remaja India Muslim berusia 19 tahun diculik dan rogol sebelum dibunuh di selatan London, minggu lalu.

Menurut Daily Mail, mahkamah diberitahu, mangsa, Celine Dookhran, 19, menjalin hubungan dengan lelaki Arab yang tidak direstui keluarganya kerana lelaki itu bukan India Muslim.

Pegawai pendakwa, Binita Roscoe, berkata mayat Celine Dookhran, 19, ditemui dalam sebuah rumah £1.5 juta yang sedang diubah suai di London Selatan selepas dia diculik bersama rakan serumahnya dari rumah mereka.

Menurut rakannya berusia 20-an yang terselamat, dia berada di atas katil apabila terdengar jeritan mangsa yang diseret keluar dari balik mandi oleh dua lelaki sebelum dikenakan renjatan elektrik

Dia dan mangsa kemudian diikat dengan pita pelekat serta tali, mulut disumbat sarung kaki dan dibungkus dalam kepingan plastik sebelum dibawa masuk ke dalam kenderaan.

Mereka dibawa ke rumah berkenaan di Kingston sejauh lapan kilometer sebelum Celine dirogol dan dibunuh dengan lehernya dikelar manakala rakannya yang juga cedera akibat leher dikelar, berjaya melepaskan diri.

Semalam, dua lelaki itu, Mujahid Arshid, 33, dan Vincent Tappu, 28, dihadapkan ke mahkamah majistret di Wimbledon.

Mujahid menghadapi tuduhan membunuh, rogol dan menculik Celine serta cubaan membunuh, cubaa merogol dan menculik rakan mangsa manakala Vincent dituduh menculik kedua-dua mangsa.

Hakim membenarkan reman Mujahid dan Vincent.

Celine yang dilahirkan di Wandsworth pada 1996, adalah anak sulung daripada tuga beradik. Dia menyukai solekan dan menjadi jurusolek. Twitternya dipenuhi gambar mengenai solekan.

Sumber: Harian Metro


Thus Article Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga

Itulah artikel Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/remaja-perempuan-dirogol-dan-dibunuh.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Remaja Perempuan Dirogol Dan Dibunuh Akibat Dari Cinta Yang Tidak Direstui Keluarga"

Catat Ulasan

Loading...