Loading...

Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini

Loading...
Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini
link : Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini

Baca juga


Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini

BERNAMA

Azih Muda

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Kewangan pada Jumaat ini untuk berbincang mengenai Bajet 2018.

Presidennya Datuk Azih Muda berkata ia adalah atas permintaan Cuepacs sendiri yang ingin tahu sedikit sebanyak mengenai apa yang sedang disemak dan dirancang kerajaan buat para anggota perkhidmatan awam dalam pelbagai aspek, khusus bagi meringankan beban mereka.

Beliau berkata di samping itu, Cuepacs juga berhasrat untuk memberi cadangan serta buah fikiran mengenai apa-apa kemudahan yang dapat diberi atau kembalikan kepada penjawat awam, dan kepada rakyat secara umumnya.

Menurutnya selaras dengan kejayaan kerajaan mengutip Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan baik, Cuepacs merasakan adalah wajar agar pelbagai cukai kepada rakyat khususnya penjawat awam dapat diberi potongan lebih tinggi, seperti potongan cukai pendapatan peribadi, potongan cukai buat anak-anak yang masih bersekolah, penjagaan ibu bapa dan sebagainya.

Kita bincang selain cukai mungkin mengenai bonus, atau pelbagai bentuk rebat buat penjawat awam.

Dalam setiap bajet kita sentiasa ambil kira apa saja yang akan dapat beri kebaikan, termasuk pemberian insentif kepada setiap peningkatan produktiviti," katanya dalam sidang media selepas merasmikan bengkel Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Awam anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Sarawak di Kuching hari ini.

Menurutnya hari ini ramai penjawat awam mengalami tekanan akibat beban tugas yang semakin bertambah, lebih-lebih lagi selepas kerajaan memutuskan tiada penambahan kakitangan baharu, kecuali apabila berlaku kekosongan akibat persaraaan.

Sementara itu, merujuk kepada keputusan Kementerian Pendidikan memansuhkan elaun buat pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi pengambilan Jun tahun depan, Azih berkata ia tidak wajar dan Cuepacs sama sekali tidak bersetuju dengan langkah itu.

Beliau berkata ini menimbulkan gambaran seolah-olah negara mengalami kesukaran ketika ini.

Dua hari lepas, Kementerian Pendidikan memutuskan tiada lagi elaun diberikan mulai ambilan Jun 2018 bagi pelajar baharu yang menyambung pengajian ke peringkat PISMP di Institut Pendidikan Guru (IPG) dengan tempoh pengajiannya selama empat tahun.

Terdahulu, Azih berkata pihaknya menyanjung tinggi usaha JKKP Sarawak menganjurkan bengkel hari ini, di samping berharap agar jabatan itu dapat membanyakkan lagi audit keselamatan dan kesihatan terhadap pelbagai agensi dalam perkhidmatan awam.

Katanya masih ramai yang tidak sedar mengenai kepentingan mewujudkan Jawatankuasa Keselamatan dan KesihatanPekerjaan di tempat kerja mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, dan berharap bengkel ini memberi kesedaran kepada para peserta seterusnya dapat berkongsi pengalaman dengan para majikan.



Thus Article Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini

Itulah artikel Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/cuepacs-jumpa-kementerian-kewangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Cuepacs jumpa kementerian kewangan bincang bajet 2018 Jumaat ini"

Catat Ulasan

Loading...