Loading...

Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

Loading...
Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua
link : Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

Baca juga


Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

ARIF ATAN

Mujahid Yusuf Rawa


Usaha membina semula negara ini bukan sekadar menumbangkan Najib Razak sebaliknya merangkumi langkah mereformasikan sistem dan institusi penting negara, tegas Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurutnya, kehadiran Tun Mahathir dalam gabungan Pakatan Harapan diterima selepas melalui pelbagai perbincangan sehingga bekas Perdana Menteri itu bersetuju untuk melakukan perubahan tersebut.

"Kita mengatur banyak pertemuan. Tun Mahathir menyatakan mahu menjatuhkan Najib. Kami boleh menerima tetapi kita tidak mahu Najib ditumbangkan lahir Najib kedua.

"Tumbangkan Najib kedua, lahir Najib yang ketiga. Tidak lahir seperti Najib hari ini kalau bukan sistem yang menjadikan Najib hari ini.

"Oleh itu, kalau mahu kita bina semula negara ini, kita bukan sahaja hendak menjatuhkan Najib tetapi kita mahu mereformasikan perundangan, institusi undang-undang dan politik negara ini dengan memperkenalkan politik baru," tegasnya di Tanjong Malim kelmarin.

Berucap sempena siri Jelajah Bina Negara, Dr Mujahid menafikan dakwaan kononnya perjuangan Reformasi 1998 dilupakan ekoran penerimaan terhadap Tun Mahathir dalam gabungan parti pembangkang.

Sebaliknya, Ahli Parlimen Parit Buntar itu menyifatkan iltizam untuk melakukan perubahan secara menyeluruh merupakan tuntutan sejak zaman Reformasi.

"Inilah yang kita mahukan sejak tahun 1998, 1999. Apabila Tun Mahathir menyatakan bersetuju untuk mereformasikan perundangan, kehakiman, pilihan raya, politik pada waktu itu saya dan YB Rafizi bersiap sedia untuk tanda tangan Selamatkan Negara.

"Kami bukan murah hendak jual perjuangan. Kami tahu tangisan air mata otai-otai Reformasi. Ada sebahagian daripada mereka tidak sempat melihat hasil perjuangan ini. Mereka gugur lebih awal. Apa kami tidak punya perasaankah?" soalnya.

Bahkan, Dr Mujahid berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menjadi orang pertama yang menerima kehadiran Tun Mahathir dalam kesepakatan menentang rejim Umno-BN.

"Kita merasakan ada kekuatan baru yang tidak boleh ditolak oleh sesiapa jika mereka benar-benar ingin menyelamatkan negara ini. Orang pertama yang menghulurkan tangan untuk gabungan itu tidak lain dan tidak bukan pemimpin berjiwa besar, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita tidak pernah menjangka sejak tahun 1998 dan 1999 ada gelombang yang juga hari ini mahu menyelamatkan negara. Mulanya, tidak mudah untuk menggabungkan kekuatan ini tetapi kita tahu tiada pilihan selain untuk bersatu menentang Umno-BN," tegasnya lagi.



Thus Article Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua

Itulah artikel Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/reformasikan-sistem-tidak-mahu-lahir.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Reformasikan sistem, tidak mahu lahir Najib kedua"

Catat Ulasan

Loading...