Loading...

Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan

Loading...
Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan
link : Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan

Baca juga


Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan

Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi menyelar kritikan yang disuarakan Naib Presiden Amanah negeri Datuk Husam Musa terhadap hasil Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang dibangunkan kerajaan negeri.
 
Katanya, Husam tidak layak untuk menyatakan kritikan sedemikian ekoran sepanjang menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Ladang Rakyat selama enam tahun, hanya sekali sahaja beliau menghadiri mesyuarat berdasarkan laporan yang pernah dinyatakan badan itu.
 
Justeru beliau mengingatkan Husam untuk tidak mempersoalkan perkara yang beliau gagal laksanakan sewaktu berada dalam badan berkenaan.
 
"Datuk Husam ni seolah-olah terlupa beliau adalah (pernah) ahli lembaga pengarah Ladang Rakyat ni sejak daripada penubuhan sehingga tahun 2012, apabila (Husam) tergugur kerana tidak pernah menghadiri mesyuarat. (Hanya) pernah hadir sekali sahaja dalam masa enam tahun.
 
"Kalau mesyuarat yang merupakan tanggungjawab asas kepada ahli lembaga, di mana lembaga berbincang untuk merancang polisi dan sebagainya pun tidak boleh ditunaikan, (jadi) macam mana sebut nak buat hasil yang banyak dan sebagainya. Tanggungjawab paling asas pun tak boleh hadir," katanya kepada Antarapos.
 
Che Abdullah berkata demikian mengulas kenyataan Husam bahawa Amanah Kelantan mampu melipat-gandakan hasil Ladang Rakyat jika mereka berjaya mendapat mandat rakyat negeri Cik Siti Wan Kembang itu.   
 
Dakwa Husam, Ladang Rakyat sepatutnya mampu menghasilkan pendapatan sebanyak RM 180 juta setahun, tetapi apabila berada di bawah pimpinan PAS ia hanya memperoleh RM9.6 juta setahun.
 
Sehubungan itu katanya, Jika Amanah atau Pakatan Harapan (PH) diberi peluang mentadbir Kelantan, parti itu akan mengkaji semula perjanjian pajakan ini.
 
Katanya lagi, angka mengenai keluasan ladang dan pendapatan Ladang Rakyat adalah berdasarkan jawapan soalan bertulis sewaktu di DUN Kelantan baru-baru ini



Thus Article Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan

Itulah artikel Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/husam-tak-layak-persoal-hasil-ladang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam tak layak persoal hasil Ladang Rakyat - PAS Kelantan"

Catat Ulasan

Loading...