Loading...

[KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH

Loading...
[KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk [KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : [KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH
link : [KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH

Baca juga


[KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyifatkan beliau sebagai pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) selepas dilantik sebagai Pengerusi gagasan pembangkang itu.
 
Dr Mahathir menyamakan dirinya sebagai 'top dog' (pemimpin utama) yang setanding dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
 
"Saya merupakan salah seorang pemimpinnya, saya sebagai pengerusinya. Dalam beberapa perkara di dalam hierarki PH, saya adalah 'top dog', manakala beliau (Najib) adalah top dog di sana (kerajaan)," ujarnya dalam sidang media yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, petang tadi.
 
Minggu lalu, Pakatan Harapan (PH) mengumumkan barisan kepimpinannya, dengan Dr Mahathir dilantik sebagai Pengerusi; Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden gabungan pembangkang itu.
 
Mantan perdana menteri itu juga menegaskan tidak timbul masalah dirinya bergandingan dengan kedua-dua pemimpin PKR berkenaan, lebih-lebih lagi dalam soal peruntukan kuasa sehingga memungkinkan mereka berselisih faham.
 
"Tidak ada masalah. Dalam PPBM misalnya, kita ada Pengerusi iaitu saya, Presiden pula Tan Sri Muhyiddin Yassin. Apakah kamu melihat kami bertelagah? Tidak ada," ujarnya.
 
Dalam sidang medianya petang tadi, Dr Mahathir mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyertainya dalam Forum Nothing To Hide II yang diadakan pada bulan depan bagi menjawab pelbagai persoalan yang dikaitkan dengan pentadbiran negara.
 
Ini termasuklah skandal hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion.
 
Ujar mantan perdana menteri itu, kedatangan Najib adalah penting supaya rakyat mendengar penjelasannya, namun menambah forum itu akan tetap diteruskan sekalipun perdana menteri itu tidak dapat hadir.
 
 


Thus Article [KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH

Itulah artikel [KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel [KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/kemaskini-tun-m-canang-dirinya-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[KEMASKINI] Tun M canang dirinya pemimpin utama dalam PH"

Catat Ulasan

Loading...