Loading...

PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar

Loading...
PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar
link : PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar

Baca juga


PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang pemimpin PAS menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad menyahut cabaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar menyatakan pendirian terkininya mengenai kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998. 
 
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki berkata pendirian terkini oleh Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu perlu tambahan ia melibatkan calon yang bakal diangkat menjadi perdana menteri sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.
 
"Memang sepatutnya begitu lah. Dia memang patutnya menyatakan pendirian terbaru dia. Adakah Datuk Seri Anwar terlibat dengan kelakuan yang tak bermoral seperti itu. Dia kena nyatakan pendirian terbaru dia.
 
"Itu satu tuduhan yang berat. Apatah lagi tuduhan itu terhadap individu yang dikatakan bakal menjadi perdana menteri bagi pihak Pakatan Harapan. Jadi, saya nampak dia kena nyatakan pendirian terbaru dia lah. 
 
"Saya nampak selagi dia tidak menjawab gesaan tersebut dan tidak mengisytiharkan gesaan terbaru dia maka sampai bila ia akan terus menjadi tanda tanya besar kepada rakyat Malaysia tentang salah laku Datuk Seri Anwar tuduhan yang diberikan kepada dia," katanya kepada Antarapos hari ini.
 
Tambah Zuhdi, walaupun sekiranya mantan perdana menteri itu mengisytiharkan pendirian yang berbeza daripada sebelum ini, beliau harus memohon maaf bukan sahaja kepada Anwar bahkan kepada seluruh rakyat Malaysia kerana pernah menuduh bekas ketua pembangkang itu melakukan perbuatan luar tabii. 
 
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed pula berkata memang lumrah dalam dunia politik apabila ada pemimpin sanggup berubah 'kiblat' demi kepentingan peribadi.
 
"Itu hal politik masing-masing. Orang politik memang boleh berubah. Hari ini kawan esok jadi musuh. Dulu musuh sekarang kawan tetapi saya tak suka nak masuk campur hal orang lain," ujarnya.
 
Mahfodz walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut berkenaan hal tersebut. 
 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam mencabar Dr Mahathir menjelaskan kepada rakyat adakah beliau masih berpegang kepada kenyataan mengenai Anwar pada September 1998. 
 
Untuk rekod, Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam satu sidang media pada 22 September 1998 mendakwa Anwar terbabit dalam perlakuan luar tabii dan tidak layak menjadi pemimpin negara.
 
Dr Mahathir baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi PH, digandingkan bersama bekas seterunya, Anwar yang dilantik selaku Ketua Umum untuk mengepalai PH menghadapi PRU14 tidak lama lagi. 
 
Ia sekaligus menimbulkan persoalan berkaitan tuduhan yang pernah dilemparkan olehnya terhadap Anwar suatu ketika dahulu.  
 
Dalam ucapan sempena Ceramah Perdana Pakatan Harapan di IDCC Shah Alam, malam tadi, Dr Mahathir dilihat enggan menyahut cabaran Najib.
 
Beliau sebaliknya mahu perkara silam dilupakan sambil menambah, pakatan pembangkang kini perlu bekerjasama demi menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN).



Thus Article PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar

Itulah artikel PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/pas-gesa-tun-m-nyata-pendirian-mengenai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS gesa Tun M nyata pendirian mengenai kes liwat Anwar"

Catat Ulasan

Loading...