Loading...
Tajuk : Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah
link : Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah
Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah
ANTARAPOS.COMKUALA LUMPUR: Malaysia mengutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dan berharap pelakunya dibawa ke muka pengadilan.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini menyifatkan perbuatan keji yang dilancarkan oleh puak Houthi Yaman itu boleh mengancam keselamatan jemaah haji.
"Malaysia juga berdiri teguh dalam ikatan perpaduan dengan Arab Saudi dalam memelihara keselamatan dan kesucian kedua-dua kota suci, Makkah dan Madinah," kata kenyataan itu yang dipetik sebuah agensi berita.
Pasukan Keselamatan Saudi pada Khamis (27 Julai) memintas sebuah peluru berpandu balistik, dikenali sebagai 'Burkan-1', yang disasarkan 69 kilometer dari Makkah di kawasan Al-Wasliya di Wilayah Yaif.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat serangan tersebut.
Wisma Putra berkata, Malaysia berharap konflik yang berterusan di Yaman dapat diselesaikan secara aman.
Menurut laporan media antarabangsa, puak Houthi pada Jumaat mengesahkan melancarkan peluru berpandu balistik Burkan-1 ke Arab Saudi tetapi berkata serangan itu disasarkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz di Jeddah, lapangan terbang paling sibuk di negara itu.
Thus Article Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah
Itulah artikel Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/malaysia-kutuk-serangan-peluru-berpandu.html
0 Response to "Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Makkah"
Catat Ulasan