Loading...

PAS sindir DAP hilang ‘roket’

Loading...
PAS sindir DAP hilang ‘roket’ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PAS sindir DAP hilang ‘roket’, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PAS sindir DAP hilang ‘roket’
link : PAS sindir DAP hilang ‘roket’

Baca juga


PAS sindir DAP hilang ‘roket’

MALAYSIAKINI


Empat tahun lalu, ketika DAP berdepan kecelaruan apabila menghadapi kemungkinan calon-calonnya tidak dapat menggunakan tiket atau logo "roket" semasa pilihan raya, bekas sekutu mereka PAS, sebaliknya menawarkan "bulan" kepada mereka.

"Kita bersedia beri DAP guna lambang PAS kalau DAP tidak diizinkan menggunakan lambangnya," kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika itu.

Hari ini, DAP sekali lagi menghadapi dilema yang sama apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu.

Namun, kali ini, PAS mengambil sikap berbeza seperti yang dilihat dalam beberapa artikel yang diterbitkan di Harakah, organ rasmi parti itu.

Sebuah artikel melaporkan jika pilihan raya diadakan tidak lama lagi, DAP terpaksa merayu kepada rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan untuk meminjam logo mereka, seperti yang berlaku pada tahun 2013.

“Apakah BERSATU atau Tun Dr Mahathir (Mohamad) akan bermegah menawarkan lambang bunga raya untuk DAP? Jika ini berlaku Mahathir sudah tentu melakarkan sejarah hitam dalam riwayatnya kerana membantu DAP.

“Apakah PKR sudah bersedia menawarkan lambang mereka dikibarkan DAP? Kenapa tidak AMANAH?

“Walaupun masalah lambang ini bukan masalah utama sekarang ini, tetapi bakal memberi kesan besar kepada DAP,” kata artikel bertajuk Dilema DAP berulang.

Dalam satu lagi artikel, seorang penulis lain berpendapat bahawa ini adalah ujian Tuhan ke atas DAP selepas mereka cuba campur tangan dalam pemilihan PAS 2015.

Ia merujuk kepada dakwaan bahawa DAP menyokong golongan progresif pada pemilihan PAS pada tahun itu.

Pemilihan itu menyaksikan golongan ulama dan puak konservatif yang diterajui oleh Abdul Hadi mengalahkan golongan progresif, yang kemudiannya disingkirkan daripada kepimpinan parti.

Perpecahan itu menyaksikan penubuhan Parti Amanah Negara (AMANAH) serpihan PAS, yang didakwa oleh parti induk itu sebagai ‘barua’ DAP.

Sebuah artikel lain pula menuduh DAP sailang pejuang BERSIH dengan kononnya mahu membersihkan pilihan raya Malaysia daripada kekotoran dan penipuan seperti pengundi hantu, beli pengundi dan sebagainya tetapi hakikatnya parti itu lebih kotor dan busuk.

“DAP telah menyekat seramai 753 perwakilan daripada mengundi pada pemilihan tahun 2012. Bukan itu sahaja, mereka turut mengimport seramai 547 pengundi hantu untuk mengundi!

“Kenapa mereka lakukan semua ini? Kerana jika tidak, kemungkinan besar Lim Guan Eng akan kalah. Ini kerana akar umbi DAP rata-ratanya tidak menyukai kepimpinan nepotis keluarga Lim.

“Maklumat dalaman menunjukkan sokongan lebih jitu daripada akar umbi adalah kepada Tan Seng Giaw dan Lim Guan Eng boleh kalah pada pemilihan itu,” kata artikel yang disiarkan di Harakah itu.

Jumaat lalu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan CEC baru, dengan mendakwa pemilihan semula 2013 sebagai tidak sah.

DAP pada 2013 secara sukarela mengadakan pemilihan semula selepas senarai nama perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dikatakan mempengaruhi pemilihan bertarikh 15 Disember 2012.

Hasil pemilihan semula kemudiannya disampaikan kepada ROS pada 8 Nov 2013, selaras dengan peruntukan perlembagaan parti itu dan Akta Pertubuhan 1966.

Walau bagaimanapun, ROS tidak mengiktirafnya dan DAP membawa kemelut mereka ke mahkamah.
Tuntutan itu bagaimanapun digugurkan



Thus Article PAS sindir DAP hilang ‘roket’

Itulah artikel PAS sindir DAP hilang ‘roket’ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PAS sindir DAP hilang ‘roket’ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/pas-sindir-dap-hilang-roket.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PAS sindir DAP hilang ‘roket’"

Catat Ulasan

Loading...