Loading...

Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ

Loading...
Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ
link : Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ

Baca juga


Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Permohonan Malaysia bagi mentafsir penghakiman yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 23 Mei, 2008 berhubung Pulau Batu Puteh dan Tubir Selatan minggu lalu adalah berasingan dengan permohonan semakan semula yang difailkan pada 2 Februari lalu.
 
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menjelaskan, permohonan terbaharu itu dibuat menurut Artikel 60 Status ICJ yang antara lain menjelaskan sekiranya berlaku pertikaian mengenai maksud atau skop penghakiman ICJ, mahkamah hendaklah membuat pentafsiran atas permohonan mana-mana pihak.
 
“Berdasarkan keputusan penghakiman 2008, Malaysia dan Singapura telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) mengenai pelaksanaan penghakiman ICJ 2008.
 
“Antara tugas jawatankuasa itu ialah menangani isu persempadanan batasan maritim antara perairan kedua-dua negara, bagaimanapun MSJTC telah menemui jalan buntu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Pada Jumaat lalu, ICJ yang berpangkalan di The Hague dalam satu kenyataan akhbar memberitahu bahawa Malaysia telah memfailkan permohonan bagi memohon interpretasi penghakiman berhubung Pulau Batu Puteh dan Tubir Selatan yang dibuat pada 2008.
 
Sebelum itu, pada 2 Februari lalu, Malaysia juga telah memfailkan permohonan bagi semakan penghakiman ICJ mengenai Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan selepas penemuan tiga dokumen oleh Malaysia di National Archives of the United Kingdom bagi menyokong tuntutannya.
 
Menurut Apandi, salah satu penyebab kepada kebuntuan tersebut ialah disebabkan pihak-pihak yang terlibat tidak dapat mencapai kata putus mengenai hak kedaulatan di Tubir Selatan dan kawasan perairan berdekatan Pulau Batu Puteh.
 
 


Thus Article Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ

Itulah artikel Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/pulau-batu-puteh-apandi-perjelas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pulau Batu Puteh: Apandi perjelas permohonan tafsir penghakiman ICJ"

Catat Ulasan

Loading...