Loading...
Tajuk : SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui
link : SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui
SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui
SUNGAI PETANI, KEDAH - Bunyi bising sekumpulan anjing liar membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan dalam keadaan yang menyayat hati, lapor Berita Harian.
Mayat bayi malang yang dipercayai dibuang itu ditemui lebih kurang jam 4.30 pagi semalam di kawasan berhampiran pintu pagar di sebuah kilang di Bakar Arang.
Mayat bayi itu ditemui dalam keadaan tiada kepala dan tiada kedua-dua belah tangan dipercayai dimakan oleh sekumpulan anjing liar terbabit.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa, mengesahkan penemuan mayat bayi berkenaan.
"Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat mengenai penemuan mayat bayi berkenaan. Sehingga kini, siasatan masih dijalankan.
"Hasil bedah siasat ke atas mayat bayi itu mendapati, bayi berkenaan berusia kira-kira 35 minggu dan dipercayai sudah meninggal dunia antara satu hingga dua hari lalu," katanya.
Md Zukir berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.
Sumber: The Reporter
Thus Article SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui
Itulah artikel SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/sayu-mayat-bayi-tanpa-kepala-dan-tangan.html
0 Response to "SAYU!! Mayat Bayi Tanpa Kepala Dan Tangan Ditemui"
Catat Ulasan