Loading...

Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta

Loading...
Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta
link : Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta

Baca juga


Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta


KLANG, SELANGOR - Sejenis bom buatan sendiri ditemui dalam kereta seorang jururawat berusia 27 tahun, malam tadi, lapor Harian Metro

Dalam kejadian jam 10 malam semalam, wanita yang memandu kereta Proton Saga itu dalam perjalanan pulang ke rumah, terdengar bunyi 'beep' sebelum memberhentikan kereta di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar, untuk meminta bantuan.

Selepas diperiksa, bapa saudaranya menemui sejenis objek yang diubahsuai seperti bahan letupan yang dilekatkan di bawah bumper kereta jururawat berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor dikerahkan ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati objek berkenaan adalah peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED). Ia boleh menyebabkan letupan kecil dan mungkin boleh meragut nyawa," katanya.

IED itu kemudian dimusnahkan di kawasan padang bola bersebelahan dengan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom, jam 2.30 pagi tadi. 


Lapor China Press, polis mengesyaki IED itu dilekatkan di kereta jururawat berkenaan di bahagian parking ketika wanita itu sedang bekerja. Meskipun IED itu tidak berupaya mengakibatkan kematian, namun ia tetap berbahaya. 

Mangsa mengesyaki IED yang dilekatkan pada keretanya itu dilakukan oleh bekas teman lelakinya. Ini kerana dia baru saja memutuskan hubungan dengan lelaki itu selepas menjalinkan hubungan cinta selama tujuh tahun dan mendapati lelaki itu berlaku curang terhadapnya. 

Bagaimanapun, lelaki itu meminta pampasan di atas tindakan jururawat berkenaan. Namun tuntutannya itu tidak dipenuhi menyebabkan lelaki itu menganggunya beberapa kali sehingga dia tidak mempunyai pilihan lain untuk membuat laporan polis. 

Difahamkan, mangsa telah membuat sebanyak lima laporan polis secara berasingan terhadap lelaki itu yang seringkali menganggunya. 

Dalam laporan Harian Metro hari ini, bekas teman lelaki jururawat berkenaan telah ditahan di rumahnya di Taman Petaling Indah, Klang, dalam serbuan jam 3.30 pagi tadi. 

Suspek berusia 28 tahun, merupakan bekas penuntut kolej swasta dalam bidang elektronik pada tahun 2006 dan pernah bekerja sebagai jurujual di kedai elektrik. 

Pemeriksaan polis di kediaman suspek juga menemui beberapa alat elektronik termasuk alatan dan mercun letupan yang disyaki digunakan untuk membuat bahan letupan jenis IED. 

"Suspek mengaku sebagai bekas kekasih kepada mangsa dan kini mereka sedang berbalah disebabkan masalah kewangan. Polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan motif sebenar. 

"Reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari mulai hari ini sehingga 13 Julai ini," katanya.


Sumber : Gengviral


Thus Article Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta

Itulah artikel Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/tak-puas-hati-ditinggalkan-bekas-teman.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Tak puas hati ditinggalkan, bekas teman lelaki lekat 'bom' di kereta"

Catat Ulasan

Loading...