Tajuk : Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya….
link : Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya….
Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya….
Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya…. | Pihak Polis hari ini telah menangkap seorang suspek utama yang dipercayai meletakkan bom buatan sendiri di bawah kereta seorang jururawat wanita di Kapar, kelmarin. Suspek ditahan polis di rumahnya di Taman Petaling Indah, Klang lapor Harian Metro.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek, 28, yang juga bekas penuntut kolej swasta dalam bidang elektronik pada 2006 dan pernah bekerja sebagai jurujual di kedai elektrik ditahan dalam serbuan pada 3.30 pagi.
Menurutnya, pemeriksaan polis di kediaman suspek turut menemui beberapa alat elektronik termasuk alatan dan mercun letupan yang disyaki digunakan untuk membuat bahan letupan jenis Improvised Explosive Device (IED).
“Suspek mengaku sebagai bekas kekasih kepada mangsa dan kini mereka berbalah disebabkan soalan kewangan. Polis masih meneruskan siasatan bagi menentukan motif sebenarnya.
“Reman ke atas suspek dibenarkan selama empat hari mulai hari ini sehingga 13 Julai ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, jururawat wanita berusia 27 tahun berdepan detik cemas selepas bom buatan sendiri ditemui di bawah keretanya.
Kejadian berlaku 10 malam itu ketika mangsa memandu kereta dalam perjalanan pulang ke rumah.
Mangsa terdengar bunyi ‘beep’ dalam keretanya sebelum berhenti di rumah bapa saudaranya di Taman Damai, Kapar untuk meminta bantuan.
Pemeriksaan bapa saudaranya itu menemui objek yang diubahsuai seperti bahan letupan yang dilekat di bumper kereta mangsa.
Polis kemudiannya dihubungi dan sepasukan Unit Pemusnah Bom (UPB) IPK Selangor ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan.
Bom jenis IED itu dimusnahkan di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom (TEODOR).
Sumber:- Harian Metro
P.S. 1 – Kantoi MENGANDUNG, Pelajar STPM Kongsi Kisah Buat ‘PROJEK’ Di Sekolah Yang Buat Ramai TERKEJUT !!!
P.S. 2 – [VIDEO] Tak Tahan Jadi Mangsa R0G0L Ayah Tiri. Gadis Gantung Diri Secara Live MENGGEMPARKAN Dunia !!!
P.S. 3 – “Mungkin Sebab Rupa Saya Sama Dengan Ibu” 4 Tahun Jadi KEKASIH Ayah…Ayah PUNCA Aku Hamil 6 Bulan !!!
P.S. 4 – Lepas Roomate Aku Keluar Jumpa Pakwe Malam Tu, Aku Terus Tido. Dalam Gelap Aku Rasa Ada Orang PEGANG Tangan Aku Dan…
P.S. 5 – “Kena Tunggu Bisul MASAK Baru PICIT” Doktor DEDAHKAN Amalan Tunggu Bisul “MASAK” Boleh BAHAYAKAN Kesihatan !!!
The post Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya…. appeared first on OH MY VIRAL.
Sumber : OhMyViral
Thus Article Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya….
Anda sedang baca artikel Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya…. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/akhirnya-polis-berjaya-tahan-suspek.html
0 Response to "Akhirnya… Polis Berjaya Tahan Suspek Yang Letakkan BOM Di Bawah Kereta Jururawat. Rupa²Nya…."
Catat Ulasan