Loading...

Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati

Loading...
Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati
link : Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati

Baca juga


Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati


BENGAL BARAT – Seorang wanita kurang siuman, Otera Bibi, 42, dipukul penduduk kampung sehingga mati dalam insiden di kampung Mithipur-Panagarh, Bengal Barat, India semalam.

Kejadian menyayat hati itu dilaporkan berlaku di sebuah perkampungan apabila Otera dituduh cuba menculik seorang kanak-kanak.

Wanita yang dianggap cuba menculik kanak-kanak tanpa disiasat diikat pada sebuah traktor, dengan pakaiannya dikoyak manakala rambut mangsa dipotong sebelum dibelasah penduduk kampung.

Walaupun wanita dikatakan itu cuba merayu dan menjelaskan dirinya tidak bersalah kepada penduduk, tangisan wanita itu tidak langsung dilayan mahupun tidak difahami orang kampung.

Otera merupakan wanita kurang upaya daripada segi mental dan tinggal bersama ibu bapanya.

Dia dimasukkan ke wad hospital berhampiran kampungnya di Bengal Barat, India Selasa lalu.

Otera dituduh cuba melarikan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun sebelum ditahan dan diikat pada traktor lalu dipukul tanpa henti selama tiga jam selain dibaling batu.

Saksi di kampung Mithipur-Panagarh memberitahu, pakaian mangsa dikoyak dan kepalanya dicukur dan dia terus dibelasah tanpa belas kasihan.

Polis yang menerima panggilan bergegas ke lokasi pada sebelah petang sebelum membawa Otera ke hospital di Jangipur.

Bagaimanapun, wanita itu meninggalkan dunia selepas mengalami cedera parah akibat serangan itu.

Superintendan Mukesh mengesahkan wanita tersebut telah dipukul setelah dituduh cuba menculik kanak-kanak.

“Kita sudah memulakan siasatan sebagai kes bunuh dan sedang menjejaki orang yang terlibat dengan kematian wanita itu serta mereka yang menyebarkan khabar angin dia cuba culik kanak-kanak,” katanya.

Polis juga difahamkan telah menahan beberapa penduduk kampung untuk disoal siasat tetap belum ada yang didakwa atas kematian itu.

Namun suami Otera berkata, isterinya kurang upaya daripada segi mental manakala ahli keluarganya pula mengadu Otera sentiasa hilang dari rumah selama dua atau tiga hari.

Sumber: MalaysiaGazette


Thus Article Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati

Itulah artikel Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/07/wanita-kurang-siuman-dituduh-cuba-culik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Wanita Kurang Siuman Dituduh Cuba Culik Kanak-Kanak Dan Dipukul Sampai Mati"

Catat Ulasan

Loading...