Loading...
Tajuk : 1.4 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
link : 1.4 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
1.4 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
ANTARAPOS.COMRIYADH: Lebih 1.4 juta jemaah haji sudah tiba di Arab Saudi setakat ini untuk menunaikan ibadat haji, kata pihak berkuasa.
Lebih dua juta dijangka menunaikan haji tahun ini.
"Setakat ini, 1,31,946 jemaah tiba dengan pengangkutan udara, 79,501 melalui darat dan 12,477 dengan kapal, peningkatan 33 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu," menurut laporan Saudi Press Agensi, memetik kenyataan pegawai pasport.
Ia termasuk lebih 400 jemaah Qatar, lapor media tempatan, di sebalik perbalahan yang semakin memuncak antara Doha dan Riyadh.
Semua jemaah Qatar tiba menerusi bandar Salwa, di sempadan kedua-dua negara.
Musim haji kali ini dibayangi krisis politik terburuk di rantau Teluk apabila Saudi bersama tiga negara Arab lain memutuskan hubungan dengan Doha pada 5 Jun kerana negara itu dikatakan menyokong kumpulan militan.
Qatar menyangkal dakwaan itu dan menyuarakan kebimbangan jemaahnya akan dilayan buruk.
Namun media Arab Saudi kerap menyiarkan imej menunjukkan pegawai membantu jemaah Qatar.
Thus Article 1.4 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi
Itulah artikel 1.4 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 1.4 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/14-juta-jemaah-haji-tiba-di-arab-saudi.html
0 Response to "1.4 juta jemaah haji tiba di Arab Saudi"
Catat Ulasan