Loading...
Tajuk : Murid Tahun Satu maut dibelasah
link : Murid Tahun Satu maut dibelasah
Murid Tahun Satu maut dibelasah
ANTARAPOS.COMSIBU: Seorang murid lelaki Tahun Satu sekolah berasrama di Bahagian Kapit meninggal dunia di Hospital Sibu pada petang Khamis dipercayai akibat dibelasah seorang murid Tahun Enam sekolah itu Selasa lalu.
Mangsa dikatakan telah ditumbuk di bahagian kepala dan disepak di bahagian badan sambil mulutnya ditutup dengan menggunakan sehelai selimut.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Amer Awal yang dihubungi mengesahkan kejadian.
Menurut beliau, mangsa meninggal dunia di Hospital Sibu pada 3.30 petang.
“Mangsa mengalami cedera parah di kepala akibat dipukul dan lebam di badan. Siasatan awal mendapati mangsa telah dibelasah di asramanya pada tengah malam Selasa sebelum dikejarkan ke hospital Kapit,” katanya.
Seorang murid telah ditahan untuk disiasat namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana akan menjalani peperiksaan UPSR pada September,” katanya.
Satu pasukan khas yang diketuai Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian telah ditubuhkan bagi menyiasat kes tersebut.
Thus Article Murid Tahun Satu maut dibelasah
Itulah artikel Murid Tahun Satu maut dibelasah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Murid Tahun Satu maut dibelasah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/murid-tahun-satu-maut-dibelasah.html
0 Response to "Murid Tahun Satu maut dibelasah"
Catat Ulasan