Loading...

44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram

Loading...
44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram
link : 44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram

Baca juga


44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR: Seramai 44 warga Rohingya ditahan polis hari ini semasa mengadakan perhimpunan haram di hadapan bangunan Lembaga Tabung Haji (TH) di Jalan Tun Razak, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata mereka ditahan kerana cuba melakukan provokasi ketika diminta polis untuk bersurai.

Katanya lebih 1,000 warga Rohingya berkumpul di sini sejak pukul 8 pagi untuk berarak bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Myanmar di Jalan Ampang Hilir di sini atas kekejaman dan pembunuhan umat Islam Rohingya di Myanmar.

Warga Rohingya berkenaan dipercayai datang dari seluruh Malaysia dengan menaiki bas yang dikelolakan mereka sendiri bagi menyerahkan memorandum berkenaan.

“Namun, apabila sudah diserahkan memorandum itu, mereka terus berkumpul dan bertindak agresif sehingga memaksa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bertindak menahan mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan bangunan TH.

Amar Singh berkata undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 tidak membenarkan warga asing membuat sebarang demonstrasi dan perhimpunan.

Perhimpunan yang hanya bersurai pada 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan kesesakan di Jalan Tun Razak.— BERNAMA



Thus Article 44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram

Itulah artikel 44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/44-warga-rohingya-ditahan-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "44 warga Rohingya ditahan kerana berhimpun secara haram"

Catat Ulasan

Loading...