Loading...
Tajuk : Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah
link : Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah
Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah
Suara KebenaranUMNO jangan jadi bodoh dengan menganggap ribuan penyokong bolasepak yang berkhemah sejak pagi di Stadium Shah Alam untuk membeli tiket perlawatan akhir Sukan SEA menentang pasukan negara itu, kerana mahu meliwat pasukan negara menang pingat emas bolasepak.
Sememangnya sejak semalam, cybertroopers UMNO berpusu-pusu membuat posting di akaun FB masing-masing mendakwa ribuan orang yang beratur untuk mendapat tiket perlawanan akhir di Shah Alam semalam, sebagai bukti rakyat negara ini cintakan negara dan pasukan bolasepak negara kita.
Dakwa seorang pemimpin Pemuda Amanah Pahang, yang bodoh-bodoh UMNO ini tidak sedar, ribuan penyokong bolasepak yang beratur sejak pagi itu bukanlah kerana ingin memberikan sokongan kepada pasukan negara tapi sebaliknya mahu menjual semula tiketi itu pada harga yang jauh lebih tinggi.
Pendapat ini disokong oleh ribuan posting di media sosial oleh rakyat yang mahu menjual semula tiket yang telah mereka beli.
Menurutnya, sejak skandal 1MDB tercetus, rasa sayang rakyat kepada negara melalui sukan ini sudah lama pudar. Rakyat malu dengan negara ini dan yang lebih utama kepada mereka ialah membuat duit sebanyak mungkin sebelum skandal 1MDB ini menyebabkan rakyat terpaksa menanggung hutangnya.
Itu saja sebabnya. Mereka ini bukan penyokong pasukan bolasepak pun tapi penjual tiket haram yang mahu membuat sedikit keuntungan.
Mungkinlah ada yang benar-benar mahu menyaksikan perlawanan tersebut tapi jumlah mereka tidaklah seramai mana. Menurut pemerhatian Pemuda Amanah, hampir 90% adalah ulat tiket sahaja sementara 10% saja yang benar-benar mahu memberikan sokongan, itu pun kepada pasukan Thailand, bukan Malaysia!!
Thus Article Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah
Itulah artikel Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/berebut-tiket-untuk-jual-semula-bukan.html
0 Response to "Berebut Tiket Untuk Jual Semula, Bukan Sebab Sokong Pasukan Negara – Amanah"
Catat Ulasan