Loading...
Tajuk : Buli: 10 Pelajar Berdepan Tindakan Gantung Sekolah
link : Buli: 10 Pelajar Berdepan Tindakan Gantung Sekolah
Buli: 10 Pelajar Berdepan Tindakan Gantung Sekolah
SADONG JAYA: Sepuluh pelajar perempuan yang membelasah seorang pelajar perempuan lain di padang sekolah menengah di Kunak, Sabah, 29 Julai lalu, akan berdepan tindakan gantung sekolah sejurus selesai proses siasatan polis.
Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata semua pelajar berkenaan boleh dikenakan tindakan lebih keras, namun mereka tidak berdepan tindakan buang sekolah.
"Pihak kementerian sudah terima laporan membabitkan perkara berkenaan, tapi biarlah pihak polis melakukan siasatan kerana kita belum pasti adakah itu perbuatan buli atau ada sebab-sebab lain.
"Kita tidak mahu membuang mereka dari sekolah kerana pelajar berkenaan juga mempunyai hak mendapatkan pendidikan. Bagaimanapun, andai kesalahan adalah serius, pihak kementerian akan melakukan proses intervensi untuk melakukan pemulihan," katanya selepas merasmikan blok Sistem Binaan Berindustri (IBS), di Sekolah Kebangsaan Haji Bujang Bengawan Putin, di sini sebentar tadi.
Dalam video berdurasi satu minit 39 saat itu yang viral pada 31 Julai lalu, memaparkan sekurang-kurangnya 10 pelajar perempuan membelasah seorang rakan perempuan dipercayai didorong rasa tidak puas hati kerana berebut seorang pelajar lelaki.
Lebih menjengkelkan, ada paparan dalam video berkenaan menunjukkan sembilan daripada pelajar berkenaan turut menunjukkan isyarat lucah dengan jari.
Sumber: BH Online
Thus Article Buli: 10 Pelajar Berdepan Tindakan Gantung Sekolah
Itulah artikel Buli: 10 Pelajar Berdepan Tindakan Gantung Sekolah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Buli: 10 Pelajar Berdepan Tindakan Gantung Sekolah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/buli-10-pelajar-berdepan-tindakan.html
0 Response to "Buli: 10 Pelajar Berdepan Tindakan Gantung Sekolah"
Catat Ulasan