Loading...

Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah

Loading...
Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah
link : Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah

Baca juga


Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah


Walaupun istiadat persandingan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan suaminya telah selesai, namun masih ada cakap-cakap mengenai majlis perkahwinan puteri Johor itu.

Selain isu solekan yang ringkas menjadi pujian dan bualan, terdapat juga pihak yang didakwa mengkritik pakaian semasa majlis akad nikah dan persandingan Tunku Tun Aminah.

Melalui Facebook, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah, menjawab kritikan terhadap puteri tunggalnya itu.

"Kenapa pula kita hendak menghukum orang dari segi zahirnya, dari pakaiannya?

“Bila pula nabi mengajar kita menilai orang dari segi pakaian? Ini agama adalah agama yang (menilai) hati orang, yang dinilai oleh Allah adalah hati orang," tulisnya.


Raja Zarith Sofiah turut berkongsi satu video pendakwah terkenal Indonesia, Ali Zainal Abidin Abu Bakar Al-Hamid di Youtube yang mengingatkan umat Islam agar tidak menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.

"Oleh sebab ada juga ramai yang mengkritik pakaian anak perempuan saya, Tunku Tun Aminah, semasa majlis akad nikah dan persandingannya, saya share lagi sekali video ini," tulisnya.

Ali Zainal merupakan pendakwah dan penceramah agama yang sering muncul di televisyen tempatan serta pernah menghadiri program seperti Malam Cinta Rasul.

Sementara itu, dalam video itu, Ali Zainal yang digelar “habib” itu menasihatkan agar umat Islam tidak terburu-buru menghukum seseorang walaupun individu berkenaan kafir.

"Jangan kamu menghukum dia (orang kafir) itu lebih hina daripada kamu kerana kamu tidak tahu apakah penghujung kamu dan apakah penghujung dia.

"Memang kita membenci kekufurannya tetapi bukan individunya kerana individunya kita tak tahu penghujungnya macam mana," kata Ali Zainal dalam video kira-kira empat minit itu bertajuk “Nabi SAW tak ajar kita pandang rendah orang lain”.

Beliau turut berkata, Nabi Muhammad tidak pernah mengajar umatnya menilai seseorang berdasarkan pakaiannya kerana Islam menilai seseorang daripada hati.

"Mungkin kamu tengok orang yang kusut masai rambut dia tapi kalau berdoa kepada Allah, doanya dikabulkan Allah.

"Tapi orang yang tak kusut, pakai pakaian rapi, berserban, berkopiah, belum tentu itu nilai yang berkualiti di sisi Allah, kenapa kita pula nak hukum orang dari segi zahirnya, pakaiannya?" ujarnya lagi.

Isnin lalu, Tunku Tun Aminah sah menjadi isteri kepada jejaka Belanda Dennis Muhammad Abdullah dengan sekali lafaz di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Sebelum istiadat akad nikah, terlebih dahulu diadakan istiadat pertunangan yang dibuat pada sebelah pagi.

Bagi istiadat pertunangan, akad nikah dan persandingan Tunku Tun Aminah dan suami mengenakan busana tradisional Johor, baju kurung Teluk Belanga dan baju melayu Teluk Belanga yang berwarna putih.

Untuk majlis bersiram yang diadakan pada Selasa pula, Tunku Tun Aminah dan Dennis mengenakan baju Melayu dan baju kurung Teluk Belanga berwarna biru muda.

Sumber: Malaysiakini


Thus Article Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah

Itulah artikel Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/08/permaisuri-johor-jawab-kritikan-pada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Permaisuri Johor Jawab Kritikan Pada Pakaian Tunku Tun Aminah Maimunah"

Catat Ulasan

Loading...