Loading...

Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis

Loading...
Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis
link : Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis

Baca juga


Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis


TANJONG MALIM: Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, Dr Rozaimi Ramle menggesa pihak berkuasa jabatan agama Islam untuk mengambil tindakan segera ke atas Siti Kasim.

Beliau berasa amat risau terhadap keadaan iman Siti Kasim setelah membaca pelbagai kenyataan peguam kontroversi tersebut mengenai agama Islam.

Pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris itu berkata, “Saya membaca satu demi satu kenyataan Siti Kasim terhadap Islam. Pandangan beliau terlalu membahayakan imannya.”

Beliau menggesa jabatan agama yang terlibat agar mengadakan pertemuan dengan Siti Kasim supaya dapat berhujah membetulkan kefahaman dan iman peguam itu yang didakwa sebagai terkeliru.

Beliau berkata, “Pihak berkuasa agama perlu mengambil tindakan segera untuk memanggilnya dan tegakkan hujah ke atasnya.”

“Orang seperti ini lebih utama untuk diluruskan kekeliruannya berbanding menangkap mereka yang berceramah agama yang betul tetapi tidak ada tauliah,” katanya lagi.

Pandangan Dr Rozaimi Ramle ini mendapat sokongan para netizen, dan ramai daripada mereka menyarankan agar tokoh pendakwah tersebut tampil ke hadapan menawarkan diri untuk berdebat dengan Siti Kasim.

Mohd Faisal Ismail Faisal berkata, “Mungkin Dr Rozaimi boleh ajak debat seperti mana Dr Rozaimi ajak Syeikh Nuruddin berdebat baru-baru ini.”

Hasnan Adib pula berkata, “Kita harap akan diadakan satu dialog khas antara pihak Dr Rozaimie dan Cik Siti Kasim. Kerana dia membuat kenyataan secara umum dan biarlah dia diperbetulkan juga secara umum.”

Dalam kontroversi lain yang dicetuskan sebelum ini, Siti Kasim pernah dipanggil oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mendapatkan penjelasan berkenaan kontroversi kenyataannya sebelum ini. Bagaimanapun, beliau tidak hadir untuk sesi penjelasan tersebut dan menyelar JAKIM kerana tidak memberitahunya secara langsung dan hanya mengetahui mengenainya melalui media.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini membuat penjelasan bahawa JAKIM tidak mempunyai kuasa atau otoriti untuk bertindak berkaitan akidah ketika umat Islam menggesa supaya JAKIM mengambil tindakan ke atas Siti Kasim.

Timbalan Menteri itu berkata, “(Dalam hal) ini ramai yang keliru. JAKIM tak ada kuasa untuk menguatkuasa Enakmen Akidah Kuasa Negeri atau mempunyai autoriti berkaitan akidah.”

“Apa yang JAKIM boleh buat, kita akan panggil dan harap jabatan agama Islam negeri mungkin boleh ambil tindakan,” katanya lagi.

Sumber: Menara.my


Thus Article Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis

Itulah artikel Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/ambil-tindakan-segera-ke-atas-siti.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ambil Tindakan Segera Ke Atas Siti Kasim – Ahli Majlis Fatwa Perlis"

Catat Ulasan

Loading...