Loading...

Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar

Loading...
Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar
link : Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar

Baca juga


Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar

 
Timbalan presiden PKR itu berkata, kebenaran akhirnya muncul berhubung kenyataannya yang rudingan pembahagian kerusi dengan PAS dibuat atas keputusan parti, bukannya dalam kapasiti peribadi.


Azmin-Ali-anwar-ibrahim-pas-pkr-bendera-logo

PETALING JAYA: Datuk Seri Azmin Ali berkata, kenyataannya berhubung rundingan pembahagian kerusi antara PAS dan PKR dipersetujui Datuk Seri Anwar Ibrahim, terbukti benar dengan pengesahan ketua umum itu sendiri, semalam.

“Terbukti saya betul. Kebenaran mengatasi pembohongan,” kata timbalan presiden PKR itu dalam catatan Facebooknya semalam.

“Mencari penyelesaian memerlukan usaha bersungguh-sungguh, bukannya dengan menarik perhatian.”

Pada 26 Ogos lalu, menteri besar Selangor itu mengakui beliau mengadakan rundingan dengan pemimpin PAS, tetapi ia dibuat berdasarkan keputusan parti, bukannya atas kapasiti peribadi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution menafikan parti itu pernah membuat keputusan itu, sebaliknya rundingan pembahagian kerusi hanya membabitkan parti komponen Pakatan Harapan.

Bulan lalu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong meletak jawatan sebagai anggota Biro Politik PKR kerana kecewa dengan langkah parti mengadakan rundingan dengan PAS.

Susulan itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli secara terbuka mempersoalkan Azmin kerana mengadakan rundingan dengan PAS, walaupun parti Islam itu sebelum ini membayangkan akan memaksa pertandingan 3 penjuru melibatkan komponen Pakatan Harapan dan Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Semalam, Anwar berkata, beliau “tidak dapat meremehkan” kerisauan beberapa pemimpin PKR mengenai rundingan dengan PAS disebabkan persepsi hubungan erat PAS dan Umno.

Katanya, walaupun PKR berunding dengan PAS, parti reformasi itu komited dalam kerjasama Pakatan Harapan, gabungan 4 parti yang tidak disertai PAS.

Beliau berkata, dasar PKR adalah “tidak memusuhi PAS”.

“Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan 3 penjuru. Pertimbangannya adalah menggembleng semua kekuatan dalam menghadapi Umno-BN pada PRU14,” kata Anwar.

Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama hampir 2 dekad dengan PKR, menuduh parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi” dengan berkempen menentang calon PAS pada pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, Jun 2016.

PKR dilaporkan akan mematuhi keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan pada Isnin lalu untuk menolak kerjasama dengan PAS pada PRU14.



Thus Article Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar

Itulah artikel Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/azmin-terbukti-saya-betul-rundingan-pkr.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Azmin: Terbukti saya betul, rundingan PKR-PAS disokong Anwar"

Catat Ulasan

Loading...