Loading...

Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR

Loading...
Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR
link : Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR

Baca juga


Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR

 
Ketua penerangan PKR menyifatkan tindakan bercakap kepada media sebagai 'sumber' tidak bertanggungjawab.


Syed-Ibrahim-Syed-Noh-rafizi-ramli-bendera-pkr-logo-malaysia


PETALING JAYA: Ketua penerangan PKR menggesa pemimpin parti itu supaya berani menamakan diri untuk pendapat mereka, selepas Rafizi Ramli mendakwa “2 hingga 3” pemimpin memberi maklumat palsu kepada media dengan menyamar sebagai “sumber dalaman”.

“Jika anda mahu bercakap sesuatu, buat secara jujur. Biar semua orang tahu itu pendirian dan pendapat anda. Tanpa sebarang keraguan,” kata Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.

Beliau berkata, tindakan bercakap kepada media mengenai hal ehwal parti dengan menyamar sebagai “sumber” akan menjejaskan PKR.

Semalam, Rafizi menggesa PKR mengambil tindakan ke atas beberapa pemimpin yang menurutnya kerap memberikan maklumat tidak benar kepada media sambil “berselindung di balik sumber dalaman parti”.

“Selagi 2-3 orang ahli Biro Politik ini tidak berdisiplin dan memberikan maklumat salah kepada pihak media dan anggota parti, keadaan akan terus bercelaru,” katanya merujuk badan pembuat keputusan tertinggi dalam PKR.

Selasa lalu, Rafizi mendedahkan wujud kemelut serius di kalangan ahli Biro Politik PKR.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa pemimpin atasan yang menganggotai Biro Politik PKR berkuasa menentukan hala tuju parti sering tidak sealiran, malah keputusan yang dicapai juga tidak dihormati.

Susulan itu, Sin Chew Daily memetik “sumber dalaman” mendakwa PKR mengambil tindakan disiplin dengan memberi amaran kepada Rafizi. Ia kemudiannya dinafikan Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Syed Ibrahim menyifatkan amalan bercakap kepada media sebagai “sumber” ialah tindakan tidak bertanggungjawab.

Tetapi, rakan sejawatan Rafizi, Xavier Jayakumar menyalahkan spekulasi media mengenai siri tuduhan Rafizi itu.

“Bagi saya, ia adalah ‘mischievous’ kerana beliau langsung tidak tahu dan sekadar menuduh orang lain. Saya rasa beliau perlu menghentikannya,” kata Xavier yang merupakan seorang daripada 4 naib presiden PKR.



Thus Article Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR

Itulah artikel Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/ketua-penerangan-pemimpin-menyamar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ketua penerangan: Pemimpin menyamar ‘sumber’ jejaskan PKR"

Catat Ulasan

Loading...