Loading...

Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia

Loading...
Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia
link : Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia

Baca juga


Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia


Bagi ibubapa yang bekerjaya, pusat asuhan adalah tempat dimana mereka meletakkan sepenuh kepercayaan untuk menjaga anak sementara mereka di pejabat. Namun, malang tidak berbau, adakalanya pengasuh mengambil lewa tugas menjaga anak sehingga ada yang menjadi mangsa.

Terbaru, Harian Metro melaporkan kisah sedih mengenai seorang bayi yang ‘kaku’ akibat tersedak susu. Alasan yang diberikan pengasuh pula tidak masuk akal.

Luahan ibu



Tubuh bertukar kuning dan kaku

Menurut laporan Harian Metro, mangsa Nafisah Muhammad Izzudin berusia tiga bulan disahkan meninggal dunia oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat saluran pernafasan tersumbat dengan susu.

Ibu mangsa, Noor Shuhaila Yaacob, 28, memberitahu suaminya menghantar anak kedua mereka itu pada jam 7.30 pagi dan pada jam 12 dia dimaklumkan anak tidak sedarkan diri.

Mereka segera menghantarnya ke klinik swasta berhampiran dan terus dikejarkan ke HKL selepas mangsa didapati tidak bernyawa.

Ketika kejadian, saya berada di Stadium Merdeka atas urusan kerja dan meminta suami dan bapa mentua, Yussman Yusof, 62, segera ke pusat jagaan itu bagi melihat keadaan Nafisah.

Saya dimaklumkan bapa mentua tubuh Nafisah bertukar kuning dan kaku. Mereka menghantarnya ke klinik swasta berhampiran untuk pemeriksaan.

Pemeriksaan lanjut di HKL mengesahkan dia meninggal dunia. Hasil bedah siasat awal mendapati Nafisah maut akibat saluran pernafasannya tersumbat dengan susu.

Kami membuat laporan di pondok polis HKL sebelum kes itu dirujuk ke Balai Polis Hulu Klang, di sini, untuk siasatan lanjut.

Beri alasan tak masuk akal

Ketika disoal, dua pekerja pusat jagaan itu masing-masing berusia lingkungan 40-an dan 50-an memberi alasan tidak masuk akal.

Alasan diberikan tidak masuk akal. Pekerja pusat jagaan itu mendakwa bayi kami tidak sedarkan diri mendadak ketika tidur

Saya dimaklumkan Nafisah dijaga seorang daripada pekerja wanita warga Indonesia.

Ketika kejadian, wanita itu mendakwa anak saya tidur dan mencuci botol susunya sebelum menyedari Nafisah tidak sedarkan diri.

Dia memaklumkan ada memberi susu kepada Nafisah pada jam 8 pagi sebelum memandikan dan menidurkannya.

Noor Shuhaila memberitahu pemilik pusat jagaan itu tidak menghubunginya untuk menjelaskan perkara yang berlaku. Pusat jagaan itu juga telah menutup operasi sejak semalam (kelmarin).

sumber : Harian Metro , Shuhaila Yaacob via OHBULAN


Thus Article Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia

Itulah artikel Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/bayi-kaku-akibat-tersedak-susu-baru-4.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bayi ‘Kaku’ Akibat Tersedak Susu – Baru 4 Hari Hantar Pengasuh, Bayi Disahkan Meninggal Dunia"

Catat Ulasan

Loading...