Loading...

Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV

Loading...
Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV
link : Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV

Baca juga


Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV

ANTARAPOS.COM
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation (MRT) Sdn Bhd, Datuk Wira Azhar Abdul Hamid dilantik sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) yang baru, berkuatkuasa hari ini.
 
Pelantikan itu diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 
“Saya yakin dengan pengalaman luas yang dimilikinya, beliau akan dapat menerajui FGV dengan cemerlang, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan seterusnya dapat diterjemahkan dengan harga saham FGV yang lebih kukuh,” katanya dalam satu kenyataan.
 
Jawatan Pengerusi FGV sebelum ini dipangku oleh pengerusi Telekom Malaysia Bhd, Tan Sri Sulaiman Mahbob menggantikan Tan Sri Isa Samad yang melepaskan jawatannya Jun lalu.
 
Dalam pada itu Najib berkata sebagai sebuah syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, dengan pegangan majoriti oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), kejayaan FGV sangat penting untuk manfaat warga peneroka.
 
“Oleh itu selaras dengan kuasa yang diperuntukan di bawah Hak Pemegang Saham Khas menerusi Artikel (80)1 Memorandum dan Articles of Association FGV, saya mengumumkan Datuk Wira Azhar Abdul Hamid sebagai Pengerusi FGV, berkuatkuasa 8 September 2017,” kata Najib.
 
Azhar pernah berkhidmat sebagai pemangku presiden dan ketua eksekutif Kumpulan Sime Darby Bhd, ketua pegawai eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dan pengerusi Tradewinds Corporation Bhd.
 
Beliau juga ahli Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) United Kingdom dan ahli Institut Akauntan Malaysia.
 
Najib turut mengucapkan terima kasih kepada Sulaiman yang memangku jawatan itu sejak 19 Jun lalu atas sumbangan beliau kepada FGV.
 
Pada 12.20 tengah hari, saham FGV naik satu sen kepada RM1.60.
 
 


Thus Article Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV

Itulah artikel Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/bekas-ceo-mrt-corp-dilantik-sebagai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Bekas CEO MRT Corp dilantik sebagai Pengerusi FGV"

Catat Ulasan

Loading...