Loading...

PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS

Loading...
PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS
link : PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS

Baca juga


PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS

Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak mahu mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan (PH) melanggari ketetapan yang dicapai pada 29 Ogos lalu, yang memuktamadkan untuk menutup pintu rundingan dengan PAS.
 
Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor berkata konteks ketetapan itu perlu difahami sebaiknya dan tidak digunakan sebagai alasan untuk berunding dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu 'secara terpilih'.
 
"PH buat keputusan tidak ada rundingan lagi dengan PAS, maka habislah. Kita ambil mudahlah, tak perlu tersurat, tersirat lagi.
 
"Penyelesaian mesti bersifat menyeluruh, bukan satu, dua. Kena konsisten, cari formula yang boleh dipakai untuk semua (keadaan). Apabila keliru, nanti banyak masalah. Jika tidak, tidak ada lagilah penyelarasan di peringkat pusat," tegasnya.
 
Mesyuarat Majlis Presiden PH pada 29 Ogos lepas sudahpun memuktamadkan gabungan itu menutup pintu rundingan dengan PAS, malah bersedia untuk pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya akan datang.
 
Ketetapan itu menyusul di kala PKR, menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang mengusahakan rundingan dengan PAS.
 
Beberapa pihak di dalam parti itu, terutama Naib Presidennya, Rafizi Ramli mengkritik tindakan diambil Azmin dengan menyifatkan ia sebagai punca kepada masalah yang berlaku di dalam PH.
 
Susulan ketidaktentuan yang berlaku di dalam parti, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi respon melalui surat dari penjara, mengesahkan beliau mempersetujui usaha Azmin berunding dengan PAS bagi membentuk kerjasama politik dalam usaha menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14.
 
Ujar Anwar, jikapun rundingan PKR-PAS membuahkan hasil ia tetap akan berlaku dalam 'kerangka komitmen PKR dengan PH'. 
 
Ini ditambah lagi dengan kenyataan terbaru daripada Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar bahawa perbincangan antara partinya dan PAS di peringkat negeri Selangor masih diusahakan.
 
Katanya Azmin selaku orang penting dalam tujuan itu mahu mencari penyelesaian dalam isu pembahagian kerusi, mengambil kira PAS merupakan sebahagian daripada kerajaan negeri.
 
Mengulas hal ini, Kamaruddin sekali lagi menegaskan supaya isu rundingan itu dirujuk kepada keputusan baru yang dicapai mesyuarat Majlis Presiden PH.
 
"Apabila keputusan pucuk pimpinan PH begitu, ia termasuklah juga PKR.
 
"Ini bukan keputusan Dr Mahathir seorang, ini keputusan Majlis Presiden PH. Dengan keputusan itu, kita kena ikut dan akur," katanya lagi.
 
 


Thus Article PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS

Itulah artikel PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/ppbm-usah-cari-alasan-berunding-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PPBM: Usah cari alasan berunding dengan PAS"

Catat Ulasan

Loading...