Loading...

Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Loading...
Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik
link : Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Baca juga


Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik


PETALING JAYA: Gadis ini pernah menjadi mangsa buli dan sering diejek rakan-rakan sehingga pernah digelar sebagai ‘monster’ (raksasa).

Keluarganya saban hari terpaksa menyaksikan drama air matanya setiap kali pulang ke rumah selepas sekolah kerana tidak tahan dengan ejekan itu.

Tekanan itu disebabkan Evita Patcey Edgar Delmundo yang dilahirkan mempunyai tanda seperti tahi lalat dalam pelbagai saiz dan bentuk dan ia memenuhi hampir seluruh wajah dan badannya. 

Namun siapa sangka tuah gadis berusia 20 tahun ini apabila disenaraikan dalam saringan 50 peserta awal bagi pertandingan ratu cantik Miss Universe Malaysia 2018.


Evita disenaraikan dalam 50 peserta awal Miss Universer Malaysia 2018. Foto instagram missuniversemalaysia

Evita yang berasal dari Kudat, Sabah ini terkejut apabila mendapat tahu berita gembira itu pada Jumaat lalu menerusi laman sosial rasmi pertandingan itu.

“Saya benar-benar tidak sangka disenaraikan sebagai 50 peserta awal. Ternyata keyakinan saya untuk menghadiri uji bakat pada Julai lalu berhasil.

“Saya akui dulu pernah menjadi mangsa buli oleh mereka yang menganggap tanda tahi lalat ini sebagai satu kecacatan, tapi lama-kelamaan saya semakin memahami diri sehingga menjadi lebih yakin seperti sekarang,” katanya kepada mStar Online.

Evita semasa menamatkan pengajian di Tingkatan Enam. 

Anak kedua daripada lima beradik ini berkata, keyakinan mulai timbul selepas mendapat sokongan keluarga termasuk mereka di sekeliling yang masih menaruh kepercayaan pada dirinya.

Dia juga seharusnya lebih bersyukur kerana masih ada individu lain yang kurang bernasib baik dilahirkan tidak cukup sifat fizikal.

Maka tidak hairanlah langkah pertamanya untuk menghadiri uji bakat bagi menyertai pertandingan ratu cantik berprestij itu kerana mahu menjadi contoh masyarakat terutama mereka yang kurang yakin terhadap penampilan dan kekurangan diri.

Malah kehadirannya dalam uji bakat itu turut membuka mata banyak pihak termasuk yang memberi tawaran kepadanya sebagai model sambilan.

Evita kini semakin yakin.

Evita yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru tadika dan pakar motivasi kini menunggu peluang untuk melanjutkan pengajian di universiti dalam bidang pendidikan dan kaunseling.

Mengenai senarai 50 peserta awal, Evita yang meminati penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi antarabangsa Adele berkata, dia akui gementar kerana bakal menghadapi cabaran berhadapan gadis-gadis cantik lain.

Namun keyakinan dan semangat kuat pada dirinya tidak mematahkan semangat untuk terus mencapai matlamat dalam menonjolkan keunikan dan kebolehan diri.

“Saya mahu tunjukkan bahawa kesempurnaan itu bukan kecantikan semata-mata tetapi keunikan itulah yang menyerlahkan lagi kecantikan seseorang.

“Saya berharap agar diberikan peluang untuk mara ke pusingan seterusnya bagi membuktikan diri saya juga boleh menjadi seperti mereka yang lain,” katanya yang berbakat menyanyi dan bermain gitar.

Sumber: mStar Online


Thus Article Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik

Itulah artikel Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/dulu-pernah-jadi-mangsa-buli-dan-diejek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dulu Pernah Jadi Mangsa Buli Dan Diejek ‘Monster’, Kini Calon Ratu Cantik"

Catat Ulasan

Loading...