Loading...
Tajuk : Harga Kos Sebenar iPhone X Hanya RM1,700! Tetapi Dijual Dengan Harga RM4800
link : Harga Kos Sebenar iPhone X Hanya RM1,700! Tetapi Dijual Dengan Harga RM4800
Harga Kos Sebenar iPhone X Hanya RM1,700! Tetapi Dijual Dengan Harga RM4800
Umum mengetahui Apple akan mula menerima tempahan awal bagi iPhone X mulai 27 Oktober nanti dan akan dilancarkan pada 3 November nanti dengan harga kira-kira RM4,200 (USD $999).
Mesti ramai yang tak sabar nak dapatkan telefon pintar paling canggih di abad ini. Sebelum anda miliki iPhone X, anda perlu tahu berapa kos sebenar telefon pintar tersebut.
Terima kasih kepada Lowyat.Net, yang mendapat maklumat menerusi syarikat penerbitan Cina, ichunt, anda boleh mengetahui berapa kos sebenar untuk menghasilkan sebuah iPhone X. Untuk unit iPhone X 256GB, harga sebenar adalah $412.75 (RM1,700).
Satu salinan Bill of Materials (BOM) mendedahkan harga terperinci setiap komponen iPhone X. Ini termasuk skin paparan, chipset, dan bingkai keluli tahan karat iPhone X.
Jika anda dapat lihat, komponen paling mahal ialah harga paparan OLED 5.8 inci yang $80 (RM335).
Komponen kedua termahal ialah bingkai keluli tahan karat dan “gelas kaca” berharga $53 (RM220). Sementara itu, memori NAND 256GB dari Toshiba berharga $45 (RM190).
Harga pasaran model iPhone X 256GB ialah $1,149 (RM4800). Walaupun perbezaan RM3100 antara harga pasaran dan harga kilang, perlu diambil kira juga kos pelbagai seperti R&D, pemasaran, dan juga cukai.
Sumber: Hype.my
Thus Article Harga Kos Sebenar iPhone X Hanya RM1,700! Tetapi Dijual Dengan Harga RM4800
Itulah artikel Harga Kos Sebenar iPhone X Hanya RM1,700! Tetapi Dijual Dengan Harga RM4800 Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Harga Kos Sebenar iPhone X Hanya RM1,700! Tetapi Dijual Dengan Harga RM4800 dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/harga-kos-sebenar-iphone-x-hanya-rm1700.html
0 Response to "Harga Kos Sebenar iPhone X Hanya RM1,700! Tetapi Dijual Dengan Harga RM4800"
Catat Ulasan