Loading...

Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Loading...
Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar
link : Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Baca juga


Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Oleh Ainor Rahim
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang lagi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak dakwaan pergolakan dalaman parti itu sehingga menjurus dua pemimpin kanannya keluar, berpunca dari isu kepimpinan.
 
Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) PPBM Syed Saddiq Abdul Rahman membuat penegasan demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas pemimpin parti, Anina Saadudin dan ahli terdahulu yang membangkitkan isu kepimpinan sebagai punca pergolakan dalaman parti itu.
 
"Betul. Betul. (Tidak berbangkit isu kepimpinan)," katanya ringkas kepada Antarapos hari ini.
 
Mengulas lanjut, tegas Syed Saddiq, beliau percaya partinya masih membawa matlamat perjuangan yang jelas serta tidak tersasar sejak tertubuhnya parti serpihan Umno itu setahun lalu. 
 
"Itu hak demokrasi dia untuk keluar. Kita tidak ada masalah tetapi parti sentiasa kukuh. Contoh, dalam tempoh masa dua minggu sahaja Armada lancarkan sesi pendaftaran ahli, kita dapat tambah 3200 ahli. 
 
"Tidak kira pemimpin mana pun yang keluar walaupun diri saya sendiri. Selagi parti berlandaskan matlamat perjuangan parti yang betul. Saya percaya rakyat tetap bersama kami," tambahnya.
 
Semalam, media melaporkan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan bekas pengasas bersama parti itu, Anina Saadudin mengisytiharkan keluar parti adalah disebabkan masalah peribadi dan tiada kaitan dengan kepimpinan parti seperti yang didakwa.
 
Ujarnya, malah pemimpin wanita itu pernah berjumpa dengan beliau beberapa bulan lalu dan menyatakan hasrat untuk 'berundur' ekoran menghadapi 'masalah yang begitu banyak'. 
 
Walaubagaimanapun, Anina dalam satu kenyataannya semalam, sekali lagi meminta bekas timbalan perdana menteri itu menjelaskan isu sebenar yang dibangkitkannya.
 
Krisis kepimpinan parti bunga yang diterajui mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad itu terus bergolak apabila Anina keluar parti sekaligus kehilangan dua orang pengasas parti itu. 
 
Alasan yang sama turut disuarakan pemimpin dan ratusan ahli parti itu yang kemudiannya bertindak keluar parti sebelum ini, termasuk salah seorang pengasasnya, Kamarulazman Habibur Rahman pada April lepas.
 
Turut melepaskan jawatannya ialah bekas naib presidennya Datuk Hamidah Osman.
 
 


Thus Article Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar

Itulah artikel Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/syed-saddiq-sangkal-anina-ppbm-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Syed Saddiq sangkal Anina, PPBM tak tersasar"

Catat Ulasan

Loading...