Loading...

'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba

Loading...
'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba
link : 'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba

Baca juga


'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba


KUALA LUMPUR - Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman menegaskan tiada bahan kimia yang ditemui di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat. 

"Tiada bahan kimia yang ditemui di lokasi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat seperti yang dilaporkan portal media tertentu," katanya memetik laporan dari Harian Metro, semalam.

Khirudin berkata, kes sensitif seperti itu tidak sepatutnya disensasikan, sebaliknya laporan berita yang tepat perlu disampaikan kepada pembaca. 

"Sentiasa cakap dan lapor perkara yang benar. Saya berpegang kepada kenyataan sebelum ini yang kejadian itu bukan disebabkan masalah litar pintas dan punca kejadian masih dalam siasatan selain menunggu laporan penuh dari Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)," katanya.

Terdahulu, Free Malaysia Today melaporkan bomba sedang menyiasat kebakaran yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang telah meragut 24 nyawa awal pagi semalam, dipercayai kerana perbuatan khianat. 

Dalam kenyataan awal sebelum itu, Khirudin menyatakan hasil siasatan awal pihaknya mendapati kotak fius di tingkat bawah pusat tahfiz itu berada dalam keadaan baik. 
"Tiada satu fius pada kotak fius berkenaan yang tertolak seperti lazimnya berlaku sekiranya timbul masalah litar pintas. Ini kerana sekiranya wujud masalah litar pintas suiz pada kotak fius akan terangkat atau terpelantik ke bawah," katanya.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya kejadian itu mempunyai unsur khianat atau ada unsur jenayah kerana masih terlalu awal untuk mengesahkan kejadian itu mempunyai unsur khianat. 

"Pada masa ini adalah terlalu awal untuk mengesahkan wujudnya unsur jenayah kerana pihak bomba turut memerlukan laporan siasatan dari pihak polis selain hasil siasatan Unit Forensik Bomba. Kita juga akan turut mengambil kenyataan daripada saksi iaitu pelajar dan kakitangan pusat tahfiz yang terselamat," katanya.

Sumber: The Reporter


Thus Article 'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba

Itulah artikel 'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/jangan-sensasikan-kes-ini-tiada-bahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Jangan Sensasikan Kes Ini, Tiada Bahan Kimia Yang Ditemui Di Lokasi Kebakaran Pusat Tahfiz' - Bomba"

Catat Ulasan

Loading...