Loading...
Tajuk : Pengetua Tahfiz Anggap Pelajar Mati Syahid
link : Pengetua Tahfiz Anggap Pelajar Mati Syahid
Pengetua Tahfiz Anggap Pelajar Mati Syahid
Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah menganggap pelajarnya yang maut selepas gagal melepaskan diri daripada sekolahnya yang terbakar awal pagi semalam sebagai syahid, lapor Free Malaysia Today.
Muhammad Zahid Mahmod berkata demikian apabila ditemui pemberita di surau Iftifaqiyah, Keramat, di tempat kejadian.
Selepas kejadian yang berlaku kira-kira 5.30 pagi tadi, seramai 23 mangsa termasuk 2 guru pusat tahfiz ditemui rentung di tingkat atas pusat tahfiz berkenaan yang didiami 36 pelajar dan 6 guru. Kebanyakan pelajar berusia 13 hingga 17 tahun.
“Budak-budak yang masih kecil ini, kita anggap mereka mati syahid. Mereka sanggup tinggalkan ibu bapa, tinggalkan masakan air tangan bonda, adik beradik dan masa bermain tinggal di sini semata-mata untuk belajar agama.
“Mereka ini, insyaAllah, mati syahid,” katanya ringkas. Zahid bagaimanapun tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan selepas dinasihati polis untuk mengelakkan percanggahan maklumat.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar dilaporkan berkata sekolah berkenaan beroperasi tanpa kelulusan sijil perakuan siap dan pematuhan, dan pelan seni bina yang diterima bomba berbeza dengan reka bentuk sebenar sekolah itu.
Beliau menambah sekolah itu mungkin tidak akan dikenakan tindakan disebabkan penderitaan yang dialami mereka ketika ini.
Thus Article Pengetua Tahfiz Anggap Pelajar Mati Syahid
Itulah artikel Pengetua Tahfiz Anggap Pelajar Mati Syahid Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Pengetua Tahfiz Anggap Pelajar Mati Syahid dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pengetua-tahfiz-anggap-pelajar-mati.html
0 Response to "Pengetua Tahfiz Anggap Pelajar Mati Syahid"
Catat Ulasan