Loading...

Kelantan tetap haramkan Makyung

Loading...
Kelantan tetap haramkan Makyung - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kelantan tetap haramkan Makyung, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kelantan tetap haramkan Makyung
link : Kelantan tetap haramkan Makyung

Baca juga


Kelantan tetap haramkan Makyung

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tegas degan pendirian untuk  mengharamkan kesenian makyung dan tidak berhasrat untuk menarik balik pengharamannya biarpun digesa untuk menghentikan sekatan terhadap persembahannya.
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ketetapan mengharamkan kebudayaan tradisional itu telah dilakukan sejak zaman pemerintahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lagi dan ia masih diteruskan sehingga hari ini.
 
“Kita tetap mengharamkan makyung sebab ini adalah isu berkaitan dengan agama. Mana-mana kesenian yang kita haramkan selama ini pun kita tidak berhasrat untuk tarik balik,” katanya dipetik Sinar Harian.
 
Baru-baru ini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa supaya Kelantan menamatkan pengharaman terhadap persembahan kesenian tertua itu, termasuk sekatan terhadap seni lain.
 
Makyung adalah salah satu persembahan seni tradisi tertua Kelantan dan diiktiraf sebagai warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).
 
Mengulas lanjut gesaan itu, Mohd Amar meminta semua pihak menghormati pendirian pentadbiran Kelantan, Membangun Bersama Islam, dan semestinya telah mengambil kira secara menyeluruh dalam sesuatu perkara sebelum dikuatkuasakan.
 
“Tolong hormati kita. Kita tidak menghalang persembahan ini diadakan, tetapi bukan di Kelantan. Kalau sesiapa nak anjurkan tarian ini di tempat lain dipersilakan, mereka boleh buat,” katanya.
 
Laporan PBB juga menyebut, persembahan makyung yang kaya dengan tradisinya itu perlu dihargai dan rakyat harus menikmati persembahannya.
 
Menjelaskan perkara itu, Mohd Amar berkata, rakyat sudah memahami garis panduan yang telah ditetapkan oleh kerajaan PAS Kelantan setelah sejak sekian lama mentadbir negeri berkenaan.
 
Persembahan tradisional itu dilarang dipertontonkan di negeri ini kerana ia mengandungi unsur-unsur khurafat mengikut Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan tahun 1998.
 
 


Thus Article Kelantan tetap haramkan Makyung

Itulah artikel Kelantan tetap haramkan Makyung Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kelantan tetap haramkan Makyung dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kelantan-tetap-haramkan-makyung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelantan tetap haramkan Makyung"

Catat Ulasan

Loading...