Loading...
Tajuk : Tun M Berjumpa Lebih 5 Orang Presiden Amerika, Tak Kecoh Macam Najib
link : Tun M Berjumpa Lebih 5 Orang Presiden Amerika, Tak Kecoh Macam Najib
Tun M Berjumpa Lebih 5 Orang Presiden Amerika, Tak Kecoh Macam Najib
Suara KebenaranRamai orang tidak tahu bahawa sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir sekurang-kurangnya telah berjumpa dengan 5 orang Presiden USA tapi tidak pernah kecoh macam Najib yang setakat hari ini baru berjumpa 2 orang Presiden Amerika sahaja.
Sekalipun kebanyakan pertemuan tersebut berlaku secara tidak rasmi di bangunan UN tapi itu tidak penting, yang penting berjumpa dengan Presiden USA secara peribadi seperti mana Najib sekarang.
Hanya sekali Tun Mahathir berjumpa Presiden USA secara rasmi di Rumah Putih iaitu Presiden George Bush pada tahun 2002.
Walaupun hanya sekali tapi pertemuan itu sangat memberikan makna kerana Bush adalah presiden yang diiktiraf sebagai antara paling hebat dalam sejarah USA.
Tun Mahathir juga dikatakan pernah beberapa kali menaiki pesawat rasmi Presiden USA, Airforce One. Calang-calang pemimpin dalam dunia mendapat kelebihan menaiki Airforce One. Najib hanya dapat menaiki kereta rasmi Presiden USA saja, ketika Presiden Obama datang melawat negara ini beberapa tahun lepas.
Sepanjang menjadi Perdana Menteri, Tun Mahathir banyak memainkan peranan untuk keamanan dunia terutama dalam perang Balkan pada tahun 1995. Peranan beliau yang suci ini menarik perhatian Presiden-presiden USA sehingga Tun Mahathir diberikan semua kelebihan tersebut.
USA juga menjadi antara pelabur utama di negara ini sepanjang Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Itu yang buat kita tidak faham kenapa Najib dikatakan dipanggil berjumpa Trump untuk soal keamanan dunia, apa peranan yang telah Najib mainkan sehingga dilihat hebat sangat tu?
Thus Article Tun M Berjumpa Lebih 5 Orang Presiden Amerika, Tak Kecoh Macam Najib
Itulah artikel Tun M Berjumpa Lebih 5 Orang Presiden Amerika, Tak Kecoh Macam Najib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel Tun M Berjumpa Lebih 5 Orang Presiden Amerika, Tak Kecoh Macam Najib dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/tun-m-berjumpa-lebih-5-orang-presiden.html
0 Response to "Tun M Berjumpa Lebih 5 Orang Presiden Amerika, Tak Kecoh Macam Najib"
Catat Ulasan