Loading...

Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion

Loading...
Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion
link : Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion

Baca juga


Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion

MALAYSIA DATELINE

Tony Pua


Tindakan kerajaan BN meminjam wang yang banyak sehingga mengakibatkan negara menanggung hutang yang tinggi adalah sebab utama cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, hutang yang ditanggung kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak 114 peratus daripada RM306.4 bilion pada 2008 kepada RM655.7 bilion pada hujung tahun 2016.

Peningkatan itu, katanya, adalah lebih tinggi berbanding peningkatan peratusan keuntungan yang dikutip kerajaan Persekutuan sebanyak 77 peratus sebelum pelaksanaan GST iaitu daripada RM123.5 bilion pada 2006 kepada RM219.1 bilion pada 2015.

Oleh itu, jelasnya, kerajaan terpaksa melaksanakan cukai regresif itu bagi menampung bebanan hutang yang ditanggung negara dan kian bertambah dari tahun ke tahun.

“Soalan seterusnya yang perlu ditanya, mengapa kerajaan Umno-BN meminjam begitu banyak wang dan ke manakah wang itu dilaburkan?”

“Jawapannya mudah – ketirisan, rasuah, dan kleptokrasi di bawah pentadbiran UMNO-BN yang wujud melalui skandal 1MDB yang akan menyebabkan rakyat Malaysia selaku pembayar cukai kerugian sekurang-kurangnya RM42 bilion," katanya.

Setiasuaha Publisiti itu juga berkata, selagi budaya ketirisan, rasuah dan kleptokrasi tidak dihapuskan, apa juga bentuk cukai yang dikenakan terhadap rakyat Malaysia tidak akan mencukupi untuk menampung perbelanjaan negara.

“Bak kata pepatah Melayu, ‘besar periuk, lagi besar keraknya’,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sesi dialog TN50 dan sambutan Hari Wanita Kebangsaan di ibu negara Isnin lalu mendakwa kerajaan Persekutuan tidak akan berfungsi tanpa pelaksanaan GST yang dikuatkuasakan sejak April 2015.



Thus Article Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion

Itulah artikel Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kerajaan-teruskan-gst-kerana-hutang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kerajaan teruskan GST kerana hutang negara lebih RM600 bilion"

Catat Ulasan

Loading...