Loading...

Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan

Loading...
Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan
link : Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan

Baca juga


Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan

ARIF ATAN

Rafizi Ramli 2


Kerajaan tidak dapat mengutip cukai daripada pelbagai projek mega pada era pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang tidak menguntungkan walaupun membabitkan perbelanjaan besar.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata, projek tersebut termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menelan belanja berbilion wang rakyat tetapi tidak menjana pendapatan kepada kerajaan.

"Bila tidak jana pendapatan, kerajaan tidak boleh kutip cukai maka sebab itu kerajaan kena potong peruntukan dan rakyat juga terpaksa menanggung dalam bentuk bayaran cukai-cukai yang lain.

"Cukai dikutip daripada keuntungan bukan daripada perbelanjaan. Orang berbelanja bayar GST (cukai barang dan perkhidmatan) saja tapi syarikat untuk kerajaan dapat hasil pendapatan, syarikat itu mestilah untung baru kerajaan dapat kutip cukai.

"Kalau buat projek besar tapi tidak untung maka sudah tentu ekonomi nampak berkembang, tapi kutipan tidak bertambah malah berkurang," tegasnya pada sidang media di Sungai Besi semalam.

Menurut pengasas Invoke Malaysia itu, nisbah hasil cukai keseluruhan bagi Malaysia berbanding Australia telah berkurangan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut sejak 2014.

Walaupun ekonomi Malaysia berkembang lebih konsisten berbanding Australia pada kadar pertumbuhan yang lebih tinggi antara empat hingga enam peratus di antara 2010 hingga 2016, jelasnya, pertumbuhan ekonomi yang diuar-uarkan itu sebenarnya tidak menyumbang kepada peningkatan hasil cukai negara.

"Sepatutnya jika ekonomi itu baik dia tumbuh lima hingga enam peratus maka ekonomi tumbuh, syarikat lebih banyak untung, rakyat lebih banyak gaji maka kutipan cukai kerajaan juga keseluruhannya patut naik sama.

"Tetapi, itu tidak berlaku. Nisbah cukai keseluruhan dikutip menurun setiap tahun dari 2014 hingga 2016 (16.2 % kepada 15.6 % ke 15.3 %) walaupun Datuk Seri Najib mendabik dada ekonomi berkembang pesat.

Sehubungan itu, Rafizi berpendapat pertumbuhan ekonomi di negara ini tidak semestinya menjana pendapatan kepada negara.

"Keadaan di Australia adalah sebaliknya. Walaupun ekonomi mereka tidak berkembang sepesat Malaysia, jumlah cukai yang dikutip meningkat naik lebih baik dari kadar perkembangan ekonomi.

"Ekonomi (Australia) berkembang sikit tapi cukai banyak dapat dikutip. Maka, dia boleh banyak berbelanja untuk rakyat.

"Ini bermakna kerajaan Australia terus mendapat hasil cukai yang meningkat yang boleh dibelanjakan kepada rakyat," tambah Rafizi lagi.



Thus Article Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan

Itulah artikel Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/projek-mega-najib-tidak-jana-pendapatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Projek mega Najib tidak jana pendapatan kerajaan"

Catat Ulasan

Loading...