Loading...
Tajuk : 'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan
link : 'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan
'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan
Kuala Lumpur, 15 Sep - Seorang pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifiqayah ditahan oleh polis bagi membantu siasatan dalam kes kebakaran di asrama pusat tahfiz berkenaan baru-baru ini.
Sumber Harian Metro berkata, remaja terbabit dibawa ke lokasi kejadian semalam bagi proses mengumpul bukti.
Kata portal itu juga, remaja yang berjaket hitam itu dibawa dalam keadaan tidak bergari sebaliknya diiringi oleh dua pegawai polis yang dipercayai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Selain memeriksa petunjuk terbaru iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tumpuan siasatan polis adalah pagar di bahagian tepi dan belakang pusat tahfiz.
Difahamkan, terdapat kesan potongan dan reggangan di pagar kawat yang memisahkan bahagian belakang pusat tahfiz dan Taman Tasik Datuk Keramat.
Sumber berkata, polis yang menjalankan siasatan sedang berusaha mengumpulkan segala maklumat bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran.
"Sejak pagi semalam, beberapa pegawai dan anggota meninjau keadaan pagar kawat yang dipercayai boleh menjadi laluan keluar dan masuk oleh penceroboh ke dalam pusat tahfiz ini.
"Malah, faktor pelajar cuba menyelinap keluar pada waktu malam dan awal pagi juga turut diambil kira sebagai membantu melengkapkan siasatan," katanya.
Sebelum ini, rakaman CCTV menjadi tumpuan siasatan apabila mendapat ada kelibat lelaki yang menceroboh masuk.
Sumber: Harian Metro via Siakapkeli
Thus Article 'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan
Itulah artikel 'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.
Anda sedang baca artikel 'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/kes-kebakaran-asrama-tahfiz-seorang.html
0 Response to "'Kes Kebakaran Asrama Tahfiz': Seorang Pelajar Ditahan Bantu Siasatan"
Catat Ulasan