Loading...

"Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini

Loading...
"Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk "Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : "Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini
link : "Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini

Baca juga


"Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini


Dalam pada semua rakyat Malaysia sedang bersedih dan sayu dengan tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Keramat semalam, terdapat pula mereka yang sanggup melempiaskan kata-kata biadap.

Mungkin bertujuan untuk memberi nasihat namun penggunaan bahasa yang digunakan dilihat seolah-olah tidak cuba memahami perasaan dan menghormati keluarga mangsa. 

Seorang pemuda yang menulis status di laman sosial telah menarik perhatian ramai netizen. Ini kerana dia dengan berani dan lantang sekali menyamakan mangsa kebakaran sebagai ayam dalam reban. 


“Dah terbakar, kau jangan salahkan sesiapa. Kalau dah satu dorm (bilik tidur asrama) tu kau sumbatkan macam ayam dalam reban ayam,” katanya. 

Tidak cukup mengutuk pengurusan sekolah terbabit, pemuda ini turut mengkritik ibu bapa pelajar tersebut. 

“Yang jadi mangsa budak-budak tu. Mak bapak budak tu semua bukan kisah pun keselamatan anak-anak mereka. Yang mereka tau ‘Oh! Anak ku ahli syurga,” katanya lagi.

Dia juga menyifatkan tragedi ngeri itu sebagai satu pengajaran kepada semua pihak. "Sekolah tahfiz membunuh,"tulisnya. 

Netizen lain tidak bersetuju dan membidas apa yang dikatakan oleh pemuda tersebut.

"Biadapnya bahasa kau dik. Kalau betul pun nak nasihat, gunalah bahasa yang elok-elok".


Pun begitu, terdapat juga yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pemuda ini. Biasalah, semua orang mempunyai pendapat masing-masing.


Sejak semalam, berita susulan tentang kebakaran yang meragut nyawa seramai 21 pelajar dan dua guru itu sentiasa dinanti-nantikan seluruh masyarakat. Malah teka-teki punca kebakaran juga ditunggu semua pihak. 

Sumber: CARI 


Thus Article "Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini

Itulah artikel "Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel "Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/sekolah-tahfiz-membunuh-macam-reban.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to ""Sekolah Tahfiz Membunuh, Macam Reban Ayam" - Netizen Kecam Status Pemuda Ini"

Catat Ulasan

Loading...