Loading...

Nizaruddin mimpikan jaringan

Loading...
Nizaruddin mimpikan jaringan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Nizaruddin mimpikan jaringan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Nizaruddin mimpikan jaringan
link : Nizaruddin mimpikan jaringan

Baca juga


Nizaruddin mimpikan jaringan



ARKIB : 22/01/2007

Oleh: AMRAN MULUP 
SHAH ALAM – Penyerang kebangsaan, Mohd Nizaruddin Yusof berjanji mempamerkan aksi paling menarik dan lebih manis jika dapat menjaringkan gol kemenangan Malaysia apabila menentang Singapura pada separuh akhir pertama Kejohanan Bola Sepak Asean di Stadium Shah Alam, malam esok.

Nizaruddin berhajat mahu beraksi dalam perlawanan akhir Piala AFF buat pertama kali setelah tiga penampilannya tersekat di separuh akhir.

‘‘Saya bertekad untuk mencipta jaringan jika tidak, saya akan memainkan peranan kepada rakan lain untuk mencari jaringan dan yang penting Malaysia perlu menang ke atas Singapura.

‘‘Bagi saya, inilah peluang terbaik untuk beraksi dalam perlawanan akhir jika tidak, bila lagi,’’ ujarnya ketika ditemui selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Shah Alam, semalam.

Keyakinan Nizaruddin cukup menebal untuk merobek benteng ampuh Singapura esok dan mahu meletakkan dirinya sebagai wira mengukir kemenangan paling bermakna.

Ujarnya, kemenangan begitu penting untuk memulihkan imej bola sepak negara yang tandus dengan kejayaan.

Malah katanya, ia sekali gus dapat menamatkan segala cemuhan dan kritikan yang dilemparkan ke atas skuad kebangsaan apabila setiap kali kalah.

‘‘Bukan saya bahkan kesemua pemain begitu bersemangat untuk menyekat Singapura. Keyakinan kami cukup tinggi dan bertekad memberikan persembahan lebih 100 peratus,’’ ujarnya lagi.

Sementara itu penjaring terbanyak kejohanan Mohd. Noh Alam Shah tetap menganggap kekuatan Malaysia tidak boleh dipandang ringan.

Penyerang berusia 27 tahun dan mencipta kejutan apabila menjaringkan tujuh gol sewaktu Singapura membelasah Laos 11-0, menyifatkan pertembungan dengan Malaysia bukan tugas mudah.

‘‘Saya sudah banyak kali beraksi menentang Malaysia sejak 1999, setiap kali Singapura berdepan Malaysia peluang untuk menang sukar untuk dijangkakan.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ift.tt/2y4YNwE
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Nizaruddin mimpikan jaringan

Itulah artikel Nizaruddin mimpikan jaringan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Nizaruddin mimpikan jaringan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/nizaruddin-mimpikan-jaringan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nizaruddin mimpikan jaringan"

Catat Ulasan

Loading...