Loading...

Pahang, Terengganu sama handal

Loading...
Pahang, Terengganu sama handal - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pahang, Terengganu sama handal, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pahang, Terengganu sama handal
link : Pahang, Terengganu sama handal

Baca juga


Pahang, Terengganu sama handal



 
ARKIB : 21/01/2007
Pahang, Terengganu sama handal
TONGGAK Kedah, Marlon Alex James (depan) meraikan jaringannya pada pertemuan menentang Pulau Pinang dalam Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Star, semalam. – Gambar ISMAIL KAMADIN.

KUALA LUMPUR – Pahang masih mengekalkan kedudukan di tangga kedua liga walaupun sekadar seri 1-1 dengan saingan terdekat Terengganu dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, semalam.

Keputusan seri tersebut turut melegakan Terengganu untuk kekal di tangga ketiga di belakang Pahang dan pendahulu Perlis yang tidak beraksi.

Kedua-dua pasukan terikat dengan 14 mata tetapi dibezakan dengan kelebihan jaringan yang memihak kepada skuad Tok Gajah.

Terengganu membuka jaringan pada minit ke-64 menerusi jaringan Abdul Manaf Mamat namun gol itu dinafikan oleh jaringan penyamaan pelawat hasil sentuhan Tarik El Janabi lima minit selepas itu.

Di Stadium Darulaman, Kedah meraih kemenangan keempat apabila mudah menewaskan Pulau Pinang 2-0.

Gol-gol Kedah dijaringkan oleh Marlon Alex James pada minit ke-23 dan dua minit selepas itu giliran Shafiq Jamal menambah gol kedua tuan rumah.

Di Stadium Sarawak, tuan rumah mengalami kekalahan keenam apabila tunduk 2-0 kepada Melaka.

Ini adalah kemenangan pertama Melaka daripada tujuh perlawanan memperoleh gol menerusi Richard Brivitzer (m-3) dan Patrick Vlof (m-64).

Dalam saingan Liga Perdana pula, PBT Pasir Gudang gagal merampas kembali teraju liga daripada Polis selepas hanya mampu seri 2-2 bertemu Kuala Muda Naza di Stadium Larkin.

sumberArtikel Penuh: http://ift.tt/2whRh57
© Utusan Melayu (M) Bhd


Thus Article Pahang, Terengganu sama handal

Itulah artikel Pahang, Terengganu sama handal Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pahang, Terengganu sama handal dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pahang-terengganu-sama-handal.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pahang, Terengganu sama handal"

Catat Ulasan

Loading...