Loading...

Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan

Loading...
Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan
link : Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan

Baca juga


Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan

 
Syahirah bersama 2 lagi saudaranya menaiki motosikal dan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan untuk bersiar-siar di Pantai Tanjung Bira yang terletak kira-kira 192km dari kota Makasar. 


syahirah

JAKARTA: Seorang pelajar Malaysia, Syahirah Amiruddin, maut dalam kemalangan jalan raya di desa Carima, kecamatan Kahu, daerah Bone yang terletak kira-kira 130 kilometer dari Kota Makassar, di Sulawesi Selatan.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata Syahirah, 22, adalah pelajar jurusan perubatan tahun tiga di Universitas Hasanuddin, Makassar.

Katanya, berdasarkan laporan yang diterima, Syahirah bersama 2 lagi saudaranya menaiki motosikal dan terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta ketika dalam perjalanan untuk bersiar-siar di Pantai Tanjung Bira yang terletak kira-kira 192km dari kota Makasar.

Dua adik beradiknya yang terbabit dalam kemalangan iaitu Suria Iskandar Amiruddin, 25, dan Syazwani Amiruddin, 22, dikatakan mengunjungi beliau untuk bercuti bersama.

Mereka dilaporkan mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Rumah Sakit Umum Pusat (RSUP) Dr Wahidin Sudirohusodo di Makassar.

Beliau berkata kemalangan itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 petang waktu Indonesia Tengah semalam dan pihak kedutaan telah menghubungi keluarga mereka di Shah Alam, Selangor, petang semalam.

Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan leher.

Zahrain berkata, pihak kedutaan akan membantu pengurusan jenazah untuk dihantar pulang ke Malaysia atas permintaan keluarga.



Thus Article Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan

Itulah artikel Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pelajar-perubatan-malaysia-maut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pelajar perubatan Malaysia maut kemalangan di Sulawesi Selatan"

Catat Ulasan

Loading...