Loading...

Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS

Loading...
Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS
link : Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS

Baca juga


Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS

 
Nasruddin berkata tindakan pemimpin DAP Selangor yang meminta PAS supaya tidak menjadi 'hero' kepada umat Islam di negara ini yang membantah penganjuran Better Beer Festival 2017 di Selangor disifatkan sebagai 1 tindakan politik 'kebudak-budakan'.


Nasrudin-Hassan_beer


KUALA NERUS: Tindakan pemimpin DAP Selangor yang meminta PAS supaya tidak menjadi ‘hero’ kepada umat Islam di negara ini yang membantah penganjuran pesta arak ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di Selangor disifatkan sebagai 1 tindakan politik ‘kebudak-budakan’.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan Tantawi berkata kenyataan pemimpin DAP itu yang turut menggesa PAS memberi perhatian kepada negeri Kelantan dan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri lain juga 1 kenyataan dangkal dan tidak bertanggungjawab.

“Jadi bila mahu diadakan pesta arak, ia adalah 1 langkah mempromosi arak secara terbuka kepada semua (termasuk umat Islam di negara ini), maka ia tindakan yang seolah-olah mempersenda dan mencabar sensitiviti umat Islam

“Mana boleh kita 1 parti terhad untuk berpolitik di 1 negeri, Selangor jaga Selangor, Pahang jaga Pahang. PAS bukan hanya di Kelantan, kita jaga kepentingan umat Islam seluruh Malaysia,” katanya kepada pemberita pada perhimpunan praFASTAQIM 2.0 di Pantai Tok Jembal, di sini, malam tadi.

Semalam, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim mengingatkan PAS supaya tidak mencampuri urusan penganjuran BBF17 di negeri itu sambil menempelak PAS bahawa, kadar AIDS dan isu sosial di Kelantan lebih tinggi berbanding Selangor walaupun pesta arak tidak dianjurkan di negeri itu.

Terdahulu, Nasruddin dalam ucapannya menyeru umat Islam di negara ini bersatu tanpa mengira latar belakang ideologi politik bagi meningkatkan gelombang kebangkitan umat Islam yang maruahnya kini semakin dicabar dan dipersenda pihak-pihak tertentu.

“Dari segi politik, ekonomi dan juga iklim sosial ummah, di mana letaknya umat Islam. Mutakhir ini umat Islam bukan sahaja hilang dalam aspek ekonomi tetapi nyata ketinggalan dalam aspek penguasaan politik. Sebab itulah suara yang persenda, tentang dan permainkan agama Islam berleluasa, dan mereka makin berani,” katanya.

Katanya, ada pihak semakin berani mempromosikan gaya hidup LGBT secara terbuka dan menuntut menjadi sebahagian daripada hak yang dibenarkan oleh undang-undang serta desakan agar pesta arak besar-besaran dibenarkan.

Justeru, FASTAQIM 2.0 diadakan bagi mengembalikan semula kedudukan umat Islam di tempat sewajarnya pada ketika mutakhir ini seakan ada gerakan terancang pelbagai pihak untuk terus menjatuhkan martabat umat Islam.

Perhimpunan 2 hari bermula semalam itu menyasarkan kehadiran 200,000 anggota dan penyokong PAS di seluruh Malaysia dan yang kedua diadakan selepas Kota Bharu, Kelantan, 2 tahun lalu.



Thus Article Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS

Itulah artikel Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pesta-arak-kenyataan-dap-selangor.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pesta arak: Kenyataan DAP Selangor dangkal, kata PAS"

Catat Ulasan

Loading...