Loading...

Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok

Loading...
Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok
link : Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok

Baca juga


Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok

 
Mohammad Zahid bersyukur pertuduhan akan dijatuhkan ke atas 'pesalah'.


Zahid-Mahmod-tahfiz

KUALA LUMPUR: Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah bersyukur 7 suspek yang ditahan dalam kejadian kebakaran pusat tahfiznya akan didakwa di mahkamah esok.

Muhammad Zahid Mahmod menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menentukan bentuk hukuman yang akan diambil terhadap remaja terbabit.

“Saya harap apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah sempurna di dunia ini dan diakhirat,” katanya ketika ditemui di pusat tahfiznya hari ini.

Zahid bagaimanapun tidak akan tampil menyaksikan pendakwaan itu kerana sibuk dengan urusan bomba dan polis.

Tragedi yang berlaku pada awal pagi 14 September itu mengundang simpati dan kritikan orang ramai terhadap tahap keselamatan kebakaran sekolah tahfiz. Polis menahan 7 remaja, berusia antara 11 hingga 18 tahun, dalam siasatan ke atas kebakaran itu.

Zahid tidak menjawab sama ada beliau memaafkan suspek terbabit, yang didakwa menyebabkan kebakaran yang meragut nyawa 21 pelajar dan 2 tenaga pengajar apabila gagal melepaskan diri kerana sekolahnya tidak mempunyai ciri keselamatan kebakaran.

Beliau juga yakin suspek terbabit bersalah.

“Secara peribadi saya, isu maaf atau tidak ini tidak timbul kerana mereka telah melakukan kesalahan dan pertuduhan telah dilakukan. Kita tunggu dan lihat,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid hari ini berkata sebahagian daripada suspek terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, sementara suspek lain akan didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Beliau berkata siasatan mendapati bukan semua suspek yang ditahan terlibat membakar pusat tahfiz itu 14 September lalu, dan siasatan bahan bukti akan diteruskan sehingga tamat perbicaraan.

Zahid berkata akan fokus membina kembali tahfiznya dan jati diri pengajar tahfiz seluruh negara. Presiden Gabungan Persatuan Institusi Tahfz Al-Quran Kebangsaan (Pinta).

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar sebelum ini berkata sekolah tahfiznya tidak mempunyai permit sah daripada bomba untuk menduduki bangunan itu.

Beliau juga menambah pelan yang diserahkan oleh pengusaha tahfiz itu lain daripada reka bentuk seni bina sekolah.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menggesa pihak yang bertanggungjawab memastikan langkah keselamatan kebakaran dipertanggungjawabkan.



Thus Article Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok

Itulah artikel Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pengetua-tahfiz-bersyukur-remaja-suspek.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Pengetua tahfiz bersyukur remaja suspek kebakaran didakwa esok"

Catat Ulasan

Loading...