Loading...

PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi

Loading...
PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi
link : PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi

Baca juga


PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
MELAKA: Parti Gerakan bersedia untuk bertukar empat atau lima kerusi dengan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
 
Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata bagaimanapun tindakan itu masih di peringkat perbincangan dan keputusan akhir akan ditentukan Perdana Menteri yang juga Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Buat masa ini, kita sedang berbincang dengan beberapa parti komponen BN untuk membuat pertukaran atau pinjaman empat atau lima kerusi yang sebelum ini ditandingi mereka.
 
"Kita belum menamakan kerusi tersebut, tetapi ianya membabitkan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di beberapa negeri termasuk Pulau Pinang," katanya kepada pemberita ketika hadir memberi penghormatan terakhir kepada Bekas Pengerusi Gerakan Melaka Mendiang Datuk Lee Ah Fatt di kediamannya di Bukit Baru, di sini.
 
Lee yang meninggal dunia akibat serangan jantung meninggalkan seorang balu Datin Soh Geok Mui, 60, dan empat anak. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sebuah hotel di Seremban sekitar pukul 6 petang, semalam sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan untuk dibedah siasat.
 
Lee memegang jawatan berkenaan dalam tempoh tujuh tahun bermula 2008 hingga 2015.
 
Tambah Mah, bangkit daripada kelemahan PRU13, Gerakan telah bekerja keras dan mengaktifkan organisasi selain memperkukuh hubungan dengan parti komponen lain bagi memperkuatkan jentera BN secara keseluruhannya.
 
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hasrat Gerakan untuk menawan Pulau Pinang, beliau mengakui negeri yang dikuasai kerusi tradisi pembangkang itu sukar untuk ditandingi, namun dengan prestasi dan kerja kuat yang ditonjolkan parti itu, beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yakin mampu merampas beberapa kerusi di negeri berkenaan.
 
"Penggal lepas, sebanyak 45 kerusi DUN dan Parlimen ditandingi Gerakan dan di Pulau Pinang sahaja, parti ini turut mengambil bahagian di 13 kerusi DUN dan empat kerusi Parlimen.
 
"Senarai nama bagi calon pada PRU akan datang yang lebih 50 peratus muka baharu diketengahkan juga kita telah serahkan kepada pucuk pimpinan untuk membuat sebarang keputusan rasmi," katanya.
 
 


Thus Article PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi

Itulah artikel PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/pru14-gerakan-sedia-tukar-empat-atau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PRU14: Gerakan sedia tukar empat atau lima kerusi"

Catat Ulasan

Loading...