Loading...

'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul

Loading...
'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk 'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : 'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul
link : 'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul

Baca juga


'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul


KUALA LUMPUR - "Berita ini tidak sahih, lagipun saya bukan pemandu BMW itu," demikian kata individu bernama Sahrul Afza Hamzah yang menafikan dirinya adalah pemandu BMW yang memotong secara berbahaya sehingga menyebabkan kereta Perodua Kenari terlibat dalam kemalangan. 

Terdahulu dalam Harian Metro melaporkan, seorang individu yang menggunakan nama Sahrul, mengaku dirinya adalah pemandu BMW berkenaan. Individu berkenaan menjelaskan dia terpaksa memotong kerana berada dalam kecemasan di mana bayinya berusia lima bulan digigit lipan. 


Bagaimanapun, pemilik nama sebenar, Sahrul, tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menggodam akaun Facebooknya dan memuat naik komen tersebut yang kini tular di media sosial. 

"Saya telah menghubungi kakak mangsa untuk menjelaskan perkara itu dan dia faham dan menyerahkan semua itu kepada pihak polis untuk jalankan siasatan. Saya juga telah menghubungi pihak media yang melaporkan perkara itu bahawa laporan yang disiarkan itu tidak benar, sekaligus akan mengambil tindakan undang-undang. 


"Memang jelas nama saya (dipaparkan), tetapi masih wujud prima facie dalam kes ini. Bodoh sangat ke saya nak mengaku di post yang public jika saya adalah orang yang dimaksudkan? 

"Kemudian nama itu juga seperti yang tertera dalam MyKad saya, bukannya profil palsu. Lagipun, bukannya pihak polis yang mengeluarkan kenyataan hasil dari semakan nombor pendaftaran dapati didaftar atas nama saya. Contohnya, jika betul sekalipun saya yang memandu kereta BMW itu, lebih baik saya menghubungi mangsa berkenaan jika mahu menyelesaikan masalah ini," katanya ketika menghubungi The Reporter. 

Sahrul menegaskan akaun Facebooknya telah digodam dan membuat aduan kepada pihak Facebook untuk semakan. Setakat ini, tiada sebarang laporan polis yang dibuat berhubung kesilapan laporan berita itu, namun Sahrul mahu menghubungi IPD Kluang untuk memberi kerjasama bagi membantu siasatan. 



"Saya tidak pernah memiliki mahupun memandu kereta BMW. Saya juga tidak mempunyai anak, tidak pernah ke Johor selepas tahun 2003. 

"Pada hari kejadian yang merupakan hari raya kedua, ramai saksi di kawasan kejiranan saya yang boleh membuktikan di mana saya berada pada ketika itu," katanya. 

Sehubungan itu, Sahrul meminta pihak media menarik balik laporan yang tidak benar itu kernaa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarganya.

Sumber: The Reporter


Thus Article 'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul

Itulah artikel 'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel 'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/saya-bukan-pemandu-bmw-itu-dan-tidak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Saya Bukan Pemandu BMW Itu Dan Tidak Mempunyai Anak' - Sahrul"

Catat Ulasan

Loading...