Loading...

Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU..

Loading...
Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU.. - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU.., Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU..
link : Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU..

Baca juga


Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU..


SUBANG JAYA – Rakaman video seorang wanita yang berang dan marah pada anggota Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sambil memegang alat pengunci stereng, viral di media sosial.

Video yang dimuat naik di sebuah group Facebook GTB28 itu menunjukkan, wanita berusia lingkungan 30-an itu tidak puas hati dengan tindakan anggota MPSJ yang telah mengunci tayar keretanya yang diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.


Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat itu, wanita berkenaan berulang kali menyatakan bahawa dia hanya meletakkan keretanya di depan kedai makan untuk seketika sahaja, bagi membeli makanan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

Bagaimanapun, anggota MPSJ itu menjelaskan bukan menjadi satu kesalahan untuk wanita berkenaan membantu membeli makanan untuk OKU. Namun tindakan meletakkan keretanya di tempat yang tidak sepatutnya menjadi satu kesalahan yang perlu dikenakan tindakan.

Enggan menerima penjelasan yang diberikan, wanita itu mula meninggikan suara dan meminta anggota MPSJ memahami keadaannya. Tambahan pula, kawasan parkir di sekitar juga telah penuh menyebabkan dia tiada pilihan lain untuk parkir di situ.

“Ya, parking sini sebab depan ini restoran dan tak ada tempat parking berhampiran. So saya parking sini, cepat-cepat ambil produk, tolong OKU juga,” jelasnya.

“Haa, you tahu pun salah. You tahu pun salah parking,” kata anggota MPSJ berkenaan.

“Bukan salahnya, you mesti tahu OKU tak ada masa. Kita mesti faham, OKU memang tak ada masa,” katanya.

Belum sempat menghabiskan penjelasan, anggota MPSJ itu kemudian bertanya, apakah wanita itu berstatus OKU.

Soalan itu membuatkan wanita berkenaan berang, menghentak kakinya dan sekali lagi meninggikan suara kepada anggota berkenaan. Berulang kali wanita itu menjelaskan dia dan suaminya membantu OKU dan meminta anggota terbabit faham dengan keadaannya.

Perakam video itu kemudian meminta wanita terbabit menunjukkan kad OKU. Anggota yang dimarahi wanita itu pula berkata, “Kalau you betul-betul tolong OKU, kalau you OKU, baik you parking kat tengah-tengah je.”

Kata-kata anggota itu membuatkan wanita berkenaan terdiam seketika dan berkata, “Adakah you normal ke tak normal? Suruh saya parking di tengah jalan?”.

Sementara itu di media sosial, netizen menyalahkan wanita itu yang bertindak di luar batasan, sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan cara baik jika dia benar-benar tiada pilihan untuk parkir di situ.

Sumber: Terengganu Times


Thus Article Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU..

Itulah artikel Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU.. Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU.. dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/teruk-penguatkuasa-ini-kena-maki-akibat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Teruk Penguatkuasa Ini Kena Maki Akibat Kunci Tayar Kereta Yang Parkir Di Petak OKU.."

Catat Ulasan

Loading...