Loading...

Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib

Loading...
Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib - kawan-kawan Hallo JOHOR BAHARU NEWS, Dalam artikel yang anda baca kali ini dengan tajuk Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib, Kami sediakan artikel ini untuk anda membaca dan mendapatkan maklumat di dalamnya. Mudah-mudahan kandungan posting Artikel Berita, Artikel ekonomi, Artikel kesihatan, Artikel maklumat umum, Artikel politik, Artikel sukan, Kami menulis ini, anda boleh memahami. Baiklah, membaca baik.

Tajuk : Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib
link : Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib

Baca juga


Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib


Satu perkongsian yang menceritakan tentang seorang hero yang belum didedahkan kepada umum selepas mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan nyawa seorang wanita yang hampir maut dalam satu kemalangan ngeri baru-baru ini.

Berikutnya perkongsian daripada seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khusairi Talib telah menulis tentang hero tersebut di laman Facebook miliknya.

Tidak banyak diceritakan perihal nilai positif seorang ‘hero tak didendang’ di negara kita, Malaysia yang serba majmuk ini. Semalam ianya sekali lagi terjadi, sehari sebelum sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-60 tanahair.

Kemalangan jalanraya di selekoh maut Gunung Paku, Klian Intan berhampiran Pengkalan Hulu, Perak hampir meragut nyawa seorang wanita Melayu. Dalam kejadian sekitar jam 2.00 petang itu, dua kenderaan bertembung mengakibatkan seorang wanita terperangkap di dalam kereta yang dipandunya tanpa sedarkan diri.

Api gila mula marak di kereta sebelah yang terletak begitu hampir dengan kereta mangsa. Seorang kontraktor pembinaan rumah dari kaum Cina, Oon Thoo Seen yang sering berulang alik antara Sungai Petani ke Pengkalan Hulu sampai di tempat kejadian, dan melihat situasi cemas akibat kemalangan itu.


Dia segera mendekati kereta wanita malang itu dan cuba membuka pintu pemandu tetapi tidak berjaya. Dia tidak dapat membuka pintu penumpang kerana api dari kereta sebelah berada begitu hampir.

Tanpa berfikir panjang, Oon berlari mengambil kapak di kenderaan hiluxnya dan segera kembali lantas memecahkan pintu kereta mangsa. Sebaik sahaja Oon berjaya menarik keluar wanita itu, kereta sebelah meletup dan api segera menyambar kereta wanita berkenaan. Kedua mereka terselamat. Oon mempertaruhkan nyawanya bagi menyelamatkan seorang wanita Melayu.

Oon ini ‘the unsung hero’. Dia sedar api yang marak di kenderaan sebelah boleh pada bila-bila masa menerjah dirinya dan wanita yang sedang pengsan di tempat duduk pemandu.

Namun atas sikap prihatin dan murni, dia mempertarungkan nyawanya untuk menyelamatkan seorang insan yang amat memerlukan pertolongan.

Wanita Melayu itu tak sedarah, tak sebangsa dan tak seagama dengan Oon. Namun Oon dan wanita itu ada satu ikatan, iaitu sehati sejiwa warga Malaysia, yang pintalnya telah disimpul mati sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, enam puluh tahun lalu.


Walaupun ada usaha pihak tertentu mahu merungkai simpul ikatan ini, namun syukur kita masih boleh bertahan hingga kini, dan diharapkan pertahanan kita ini kekal kukuh sehingga ke titisan darah terakhir, kerana inilah tanah tumpahnya darah kita.

Sekalung tahniah dan penghargaan kepada Oon Thoo Seen. Selamat Merdeka 60 tahun. (Terima kasih Adun Pengkalan Hulu, YB Aznel Ibrahim yang menceritakan tragedi ini kepada saya pagi tadi dan berkongsi foto).

Ada maklumat terbaru saya terima. Setelah mengamati foto, saya syak ada lebih dari seorang dalam kereta wanita berkenaan. Saya dapatkan nombor telefon bimbit Encik Oon dari YB Aznel.

Sebentar tadi saya dapat bercakap dengan Encik Oon dan bertanya lebih detail. Benar telahan saya. Selain wanita itu, sebenarnya ada tiga lagi di dalam kereta berkenaan, iaitu suami wanita itu yang memandu kereta dan dua anak mereka masing-masing berusia sekitar 4 dan 6 tahun.

Kedua suami isteri berada dalam keadaan tidak sedarkan diri, sementara kedua-dua anak mereka yang berada di tempat duduk belakang menangis ketakutan.

Menurut Encik Oon, setelah pintu kereta berjaya dibuka, beberapa orang pemuda Melayu membantunya mengeluarkan kesemua mangsa.

Saya mengucapkan tahniah kepada Encik Oon, dan memberitahunya bahawa ramai yang komen di wall Facebook ini mengucapkan terima kasih dan memuji keberaniannya. Balas Encik Oon, “Ya sama-sama. Kalau nampak ini macam punya hal, kita mesti tolong.”



Thus Article Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib

Itulah artikel Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib Kali ini, mudah-mudahan dapat memberikan manfaat kepada anda semua. dengan baik, melihat anda dalam menghantar barang-barang lain.

Anda sedang baca artikel Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib dengan alamat pautan https://johorbaharunews.blogspot.com/2017/09/seorang-lelaki-cina-oon-thoo-seng.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Seorang Lelaki Cina Oon Thoo Seng Adalah Hero Yang Tak ‘Didendang’ – Khusairi Talib"

Catat Ulasan

Loading...